PAS celupar, gelar Zahid sebagai mengkarung politik

PAS menyifatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah ‘political chameleon’ atau ‘mengkarung politik’ sebenar kerana merelakan UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin, berkata ia berbeza dengan PAS yang kekal komited dalam memperjuangkan kedaulatan Islam dan Melayu berasaskan kepada keluhuran Perlembagaan serta perpaduan ummah.

“Kombinasi Perikatan Nasional (PN) dan perpaduan ummah adalah alternatif terbaik berbanding PH-UMNO yang didominasi oleh DAP dan diikat dengan penipuan luar tabi’e (No DAP, No Anwar) yang dicanangkan pemimpin ‘political chameleon’ sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



“Perjuangan PAS daripada dulu tetap teguh selaras kehendak presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan Ahmad Zahid yang menggunakan istilah ‘political chameleon’ untuk menggambarkan perbezaan UMNO dengan sebuah lagi parti yang menggunakan Islam sebagai label perjuangan.

Ketika berucap di Persidangan Agung UMNO (PAU), Ahmad Zahid yang tidak menyebut secara khusus nama parti dimaksudkannya itu, bagaimanapun menyifatkannya sebagai mengkarung politik sebenar kerana sanggup memperdagangkan ayat suci dan berselindung di sebalik kepentingan politik sempit mereka.

Pada masa sama, Khairil Nizam berkata, PAS berpegang teguh pada pendekatan politik secara aman, matang dan sejahtera sekali gus tegas menolak sebarang pencabulan terhadap kesucian Islam dan Perlembagaan Persekutuan.



“PAS dan PN akan terus membawa agenda perpaduan ummah berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan sebagai satu formula ampuh kestabilan politik dan pentadbiran negara.

“Perpaduan ummah dan integrasi nasional adalah kunci kestabilan pemerintahan serta politik negara kerana majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu.

“Kestabilan sudah terbukti apabila kumpulan majoriti menerajui pemerintahan dan menjaga hak kaum lain dalam masa yang sama,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS



Pemain Bola Sepak Didakwa Belasah Teman Wanita Dalam Bilik Hotel

Remaja diseksa dan dipaksa berbogel



Komplot jahat doktor pakar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker