Rayuan banduan akhir rakyat Malaysia ditolak Mahkamah Singapura

Mahkamah Singapura pada Selasa menolak rayuan terhadap pelaksanaan hukuman mati membabitkan seorang warga Malaysia yang disabitkan dengan kesalahan penyeludupan dadah.

Mahkamah menolak hujah dikemukakan pasukan peguam bahawa Nagaenthran Dharmalingam harus dikecualikan daripada hukuman itu kerana mengalami masalah ketidakupayaan mental.

Nagaenthran 33, menunggu hukuman mati selama lebih sedekad atas kesalahan mengedar 42.72 gram heroin ke Singapura, salah sebuah negara paling tegas dalam undang-undang penyeludupan dadah, lapor Reuters.



Dia membuat rayuan atas alasan mengalami ketidakupayaan mental.

Dalam perbicaraan sebelum ini pihak peguam meminta masa agar penilaian psikiatri bebas dapat dijalankan ke atas Nagaenthran.

Mahkamah bagaimanapun memutuskan bahawa Nagaenthran tahu apa yang dilakukan ketika melakukan jenayah itu.

Kes berkenaan sebelum ini menarik perhatian antarabangsa.



Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob, sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan jutawan British Richard Branson antara mereka yang meminta Singapura meringankan hukuman terhadap Nagaenthran.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah



Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker