Ribuan Ikan Di Sungai Tuang Mati Bukan Sebab Pencemaran

Ribuan Ikan Di Sungai Tuang Mati Bukan Sebab Pencemaran

MELAKA: Kerajaan negeri mendakwa kejadian ikan tamban pias mati terdampar di Sungai Tuang, Masjid Tanah berkemungkinan ia dibuang individu kerana tidak mempunyai nilai di pasaran.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ikan itu dibuang oleh mereka yang memasang jaring hanyut atau pekap di pantai sekitar berikutan sifat semula jadi ikan itu yang mempunyai bau hanyir, rasa tawar dan mempunyai tulang banyak.



Menurutnya, laporan diterima pihak berkaitan juga tidak menemui kesan atau tanda tumpahan minyak di sepanjang pantai berkenaan dan keadaan air kelihatan normal.

Katanya, wakil Unit Biosekuriti Perikanan Melaka telah mengambil sampel ikan dan pemerhatian yang dilakukan tidak menemui jenis ikan lain selain menunjukkan kemungkinan tiada pencemaran berlaku.

“Sebaliknya tindakan nelayan yang membuang ikan tersebut.

“Logiknya kalau berlaku tumpahan minyak mesti ada tanda, kalau tak sampai di Pantai Telok Gong, akan sampai di Pantai Tanjung Bidara atau Padang Kemunting tapi ini tak ada berlaku.

“Begitu juga kononnya berlaku belerang dan sebagainya, namun kenapa hanya satu jenis ikan sahaja yang terdampar, kalau pencemaran mesti ikan spesies lain juga terdampar,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita di Seri Negeri, di Ayer Keroh, di sini, pada Isnin.

Dalam perkembangan lain, Sulaiman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, memberi amaran kepada peniaga yang cuba ‘ali baba’ tapak bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri bakal berdepan tindakan ditarik lesen.

Menurutnya, setakat ini pihaknya juga belum menerima sebarang aduan berhubung kenaikan kadar tapak sewa bazar yang meningkat berbanding tahun lalu.

“Saya tidak menerima sebarang laporan sama ada tapak sewa pasar atau bazar Ramadan meningkat kerana kita serahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).



“Ali baba’ memang kita tidak benarkan, kita mahu orang yang benar-benar hendak berniaga untuk mendapatkan rezeki pada bulan Ramadan,” katanya.-SH

Ribuan Ikan Di Sungai Tuang Mati Bukan Sebab Pencemaran

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker