Kepentingan rakyat Perak lebih utama dari Pulau Pinang

 

Kerajaan Negeri Perak tidak mahu rakyat di negeri itu menderita mengalami masalah kekurangan bekalan air mentah pada masa akan datang sekiranya menyalurkan bekalan berkenaan kepada Pulau Pinang.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ini dapat dilihat berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh rakyat Pulang Pinang apabila bekalan air sentiasa tidak mencukupi sehingga menjejaskan kehidupan seharian.



“Ini menyebabkan Perak lebih bersikap untuk membuat persiapan (menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan rakyat) kerana kalau air tidak cukup, kita hendak minta (bekalan air mentah) balik, sudah tidak boleh.

“Jadi, sebab itu kita membuat keputusan lebih baik supaya kita menjaga kepentingan kita dahulu. Kita telah membuat unjuran (berdasarkan kajian) bahawa air ini mencukupi untuk kegunaan kita sendiri dan tidak dapat membekalkannya kepada negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh hari ini.

Saarani menjawab soalan tambahan Howard Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri mahu melakukan kajian pelan perniagaan dari segi bekalan dan implikasi kos rawatan air terawat bersama Pulau Pinang pada masa akan datang walaupun kerajaan negeri telah memuktamadkan keputusan tidak akan membekalkan bekalan air mentah kepada negeri itu.



Dalam pada itu, Saarani berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Lembaga Air Perak (LAP) sebanyak 50 peratus daripada sumber bekalan air terawat bagi rakyat di negeri itu adalah berpunca dan dirawat daripada Sungai Perak dan anak Sungai Perak melalui Loji Rawatan Air (LRA) LAP yang terletak di sepanjang Sungai Perak.

Katanya selain itu, pihak LAP juga dalam perancangan menaik taraf kapasiti memproses air mentah di beberapa LRA miliknya dan membangunkan LRA baru di Kampung Gajah untuk bekalan air ke kawasan pembangunan di Seberang Perak sepanjang jajaran Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dan juga bagi kegunaan daerah Bagan Datuk yang memerlukan penggunaan sumber air dari Sungai Perak.

“Jelapang padi yang terletak di daerah Kerian yang sumber air utamanya adalah dari Empangan Bukit Merah, kerap kali berlaku penyusutan ketara terutamanya pada musim kemarau.

“Oleh yang demikian, Jabatan Pengairan dan Saliran mengesyorkan supaya kerajaan negeri memberikan keutamaan untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air bagi tujuan pengairan sawah padi di kawasan ini,” katanya semasa menjawab soalan lisan daripada Abdul Aziz Bari (DAP-Tebing Tinggi).



– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah



Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker