Bencana menanti dari Chernobyl

Bencana menanti dari Chernobyl

Ukraine – Peningkatan kadar radiasi loji nuklear Chernobyl akibat kebakaran hutan di kawasan sekitarnya susulan serangan berterusan oleh tentera Rusia berisiko mengancam berjuta-juta penduduk Eropah.

Menurut akhbar The Sun kelmarin, kira-kira 31 kebakaran hutan dilaporkan di zon pengecualian Chernobyl dengan pegawai-pegawai Ukraine memberi amaran, radiasi boleh merebak ke seluruh rantau Eropah, seterusnya memberi kesan kepada seluruh dunia.



Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk menuduh Moscow sebagai melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab di sekitar loji nuklear Chernobyl. Loji tersebut kini dikuasai oleh tentera Kremlin.

Justeru, beliau menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya menghantar misi penilaian risiko ke kawasan tersebut.

Menurutnya, tentera Rusia melakukan aktiviti ketenteraan di zon pengecualian sekitar loji Chernobyl yang menjadi lokasi bencana nuklear paling buruk dunia pada tahun 1986.

“Tentera Rusia membawa masuk sejumlah besar senjata lama yang tidak diselenggara dengan baik. Ini meningkatkan risiko kerosakan struktur pembendungan yang dibina di sekitar reaktor nuklear keempat yang rosak,” ujarnya.



Tambah Vereshchuk, askar Kremlin juga menghalang anggota-anggota bomba daripada mengawal sebahagian besar kebakaran di zon tersebut.

“Dari sudut keselamatan nuklear, tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak profesional tentera Rusia telah mencetuskan ancaman amat serius bukan sahaja kepada penduduk Ukraine, malah ratusan juta warga Eropah.

“Justeru, kami meminta Majlis Keselamatan PBB untuk melaksanakan langkah segera bagi menghapuskan aktiviti ketenteraan di zon pengecualian sekitar loji Chernobyl.

“Kami juga menggesa PBB untuk menjalankan misi khas bagi menghapuskan sebarang risiko berulangnya kembali bencana nuklear akibat daripada tindakan tentera Rusia,” kata Vereshchuk.



Sementara itu, Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Ukraine, Lyudmila Denisova memberi amaran bahawa peningkatan pencemaran udara akibat kesan radioaktif boleh mengancam negara-negara jiran.

“Amat sukar untuk kita mengawal kebakaran di sekitar Chernobyl kerana zon pengecualian telah ditawan oleh tentera Rusia.

“Disebabkan kebakaran, radionuklid dibebaskan ke atmosfera yang kemudiannya disebarkan pada jarak jauh oleh angin. Ini akan memberi ancaman kepada Ukraine, Belarus dan negara-negara Eropah lain,” kata Denisova.

Dalam pada itu, laporan turut menyebut bahawa kebakaran hutan berhampiran Chernobyl juga boleh memusnahkan kemudahan penyimpanan bahan api nuklear dan sisa nuklear.



Cuaca kering dan berangin pula akan meluaskan lagi kawasan kebakaran.

Moscow bagaimanapun menafikan tenteranya menyebabkan fasiliti nuklear di Ukraine itu berada dalam keadaan berisiko. K Online

Bencana menanti dari Chernobyl


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah



Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker