Kantoi sembang lucah, bapa ditahan rogol anak kandung



Kantoi sembang lucah, bapa ditahan rogol anak kandung

Perbuatan sumbang mahram seorang ayah bersama anak perempuan kandungnya terbongkar selepas ibu mangsa terbaca perbualan lucah dua beranak itu menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat berkata, perbualan lucah tersebut diketahui ibu mangsa yang juga bekas isteri suspek menerusi telefon pintar anaknya Jumaat lalu.

Beliau berkata, sejurus menerima laporan daripada ibu mangsa, suspek berusia 49 tahun dicekup selepas dipercayai memperkosa anak kandungnya yang kini berusia 15 tahun di rumahnya di Pasir Puteh, Kelantan sejak setahun lalu.

“Siasatan awal mendapati, ibu dan bapa mangsa berkahwin pada tahun 2004 sebelum bercerai tiga tahun kemudian semasa remaja itu berusia enam bulan. Mangsa kini tinggal bersama ibunya di Melor, dekat sini bersama seorang lagi adik-beradiknya.




“Berdasarkan keterangan mangsa, dia pertama kali dirogol tahun lalu ketika sedang tidur di ruang tamu rumah bapanya. Lelaki itu memesan kepada remaja itu agar tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa pun termasuk ibunya,” katanya menurut laporan Kosmo.

Shafien memaklumkan, siasatan mendapati mangsa menjadi ketagih melakukan intim selepas kerap dirogol bapanya dianggarkan sekali seminggu.

Berdasarkan keterangan mangsa, dia telah lebih 10 kali memalukan hubungan terlarang bersama bapanya dan kali terakhir adalah pada Khamis lalu.

“Berdasarkan siasatan, lelaki itu akan mengambil mangsa di rumah pada waktu malam secara senyap-senyap semasa ibunya sedang tidur dan menghantar anaknya semula sebelum wanita tersebut terjaga.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan doktor mengesahkan remaja itu tidak mengandung selain ada kesan koyakan lama pada kemaluannya,” katanya.




Beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan rogol dan sumbang mahram. FMT

Kantoi sembang lucah, bapa ditahan rogol anak kandung


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’



Leave a Reply

Your email address will not be published.