Anugerah Akademi Lancar ‘Siasatan Rasmi’ Terhadap Will Smith

Anugerah Akademi Lancar ‘Siasatan Rasmi’ Terhadap Will Smith

TINDAKAN Will Smith menampar muka pelawak Chris Rock ketika majlis anugerah Oscars pada Ahad diselar penganjur acara gemilang itu.

Pihak Anugerah Akademi memaklumkan akan melancarkan siasatan rasmi terhadap pelakon itu susulan tindakannya yang disifatkan keterlaluan, lapor The Telegraph.

“Pihak Akademi tidak menggalakkan keganasan dalam apa jua bentuk.

“Kami secara rasmi telah memulakan siasatan rasmi terhadap kejadian itu dan akan melihat tindakan selanjutnya mengikut undang-undang kecil, tatakelakuan, dan undang-undang California,” tulis kenyataan itu.

Will Smith naik ke pentas ketika majlis penyampaian anugerah yang turut disiarkan di seluruh dunia pada Ahad malam dan menampar Chris Rock susulan gurauan pelawak itu mengenai isterinya.

Majlis seakan terhenti seketika apabila rata-rata hadirin dan penonton tergamam melihat situasi yang tidak pernah berlaku dalam sejarah anugerah berprestij itu.

Tidak sampai sejam kemudian, Smith kembali ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Terbaik dalam filem “King Richard”.

Walaupun ada suara-suara yang menyokong tindakan disifatkan ‘gentleman‘ oleh Will Smith, namun tidak kurang juga kalangan peminat juga penggiat di Hollywood yang mencadangkan Will Smith dilucutkan daripada menerima anugerah itu.

Penerbit “The Last Samurai dan Blood Diamond” Marshall Herskovitz dalam twitnya menyelar tindakan Will Smith.

“Saya menyeru kepada pihak Akademi, di mana saya adalah ahli, untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap Will Smith.

“Dia memalukan seluruh masyarakat kita malam ini.”

Pelakon “Star Wars” Mark Hamill menggelarkan situasi janggal itu sebagai “momen Oscar paling hodoh pernah terjadi”.

Pelawak Kathy Griffin pula berkata: “Biar saya beritahu anda sesuatu, itu satu perilaku yang sangat buruk untuk naik ke atas pentas dan menyerang seorang pelawak secara fizikal.”

Whoopi Goldberg, seorang lagi ahli Akademi, berkata: “Mereka tidak akan tarik balik Oscar itu daripadanya.

“Akan ada akibat daripada tindakannya, saya pasti, tetapi saya tidak fikir itu yang akan mereka lakukan.”

Majlis anugerah tahunan ke-94 itu dilanda kontroversi apabila Will Smith naik ke atas pentas dan menampar Chris Rock selepas pelawak itu bergurau tentang rambut isteri Will Smith, Jada Pinkett.

Jada Pinkett didiagnos menghidap alopecia, satu masalah keguguran rambut, yang mendorongnya membotakkan kepalanya.

Kejadian itu membuatkan Chris Rock kelihatan terkejut dan tergamam seketika ketika dia cuba meneruskan semula majlis.

Will Smith ketika menerima anugerah Pelakon Terbaik memohon maaf kepada Akademi dan rakan-rakan, namun langsung tidak menyebut nama Chris Rock.

Anugerah Akademi Lancar ‘Siasatan Rasmi’ Terhadap Will Smith

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker