Pengeluaran KWSP melalui portal khas, satu bayaran sahaja

Pengeluaran KWSP melalui portal khas, satu bayaran sahaja

PENCARUM yang mahu mengeluarkan simpanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini boleh berbuat demikian menerusi satu portal khas.

Permohonan melalui portal khas pengeluarankhas.kwsp.gov.my yang juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun itu akan bermula 1 April ini.



KWSP dalam kenyataan memaklumkan, pembayaran bagi pengeluaran khas itu akan dilakukan dalam satu bayaran sahaja dan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli.

Menurut KWSP, ahli perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan berada di bawah nama sendiri dengan akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

“Sebelum mengemukakan permohonan, ahli digalakkan untuk menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun (Ahli), aplikasi mudah alih i-Akaun atau di kios KWSP.

“Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50 dan ahli perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka.



“Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tidak terdesak? Tak payahlah keluar duit caruman KWSP RM10,000!

KWSP memaklumkan, semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April melalui portal khas tersebut.

Mengulas lanjut, KWSP turut mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan dan hanya mengeluarkan simpanan sekiranya benar-benar perlu.



“Pengeluaran khas ini bertujuan membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini.

“Ahli boleh berjumpa dengan pegawai khidmat nasihat ahli di cawangan KWSP seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan KWSP mereka,” jelas beliau.

Dalam kenyataan pada 16 Mac lalu, KWSP mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun mulai 1 April dan berakhir pada 30 April manakala pembayaran akan bermula pada 20 April depan.

Perdana Menteri dalam sidang media khasnya pada 16 Mac mengumumkan kerajaan meluluskan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.



Kata Perdana Menteri, langkah itu dilakukan berdasarkan dapatan kajian dalam fasa pemulihan selepas pandemik yang mendapati masih ada Keluarga Malaysia terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan. Utv

Pengeluaran KWSP melalui portal khas, satu bayaran sahaja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)

Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah



Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker