Bukan lagi boneka Azmin, Tian Chua perlu buktikan

 

PETALING JAYA: Tian Chua masih mempunyai masa depan dalam PKR selagi boleh membuktikan kepada kepimpinan dan ahli parti yang beliau telah memutuskan hubungan dengan bekas timbalan presiden, Azmin Ali, kata penganalisis.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (PKR) berkata barisan parti harus bersedia menerimanya semula sekiranya beliau menunjukkan rasa penyesalan yang cukup dan tanggungjawab adalah pada Tian Chua.

Minggu lalu, Tian Chua mengumumkan beliau tidak akan bertanding semula sebagai naib presiden parti. Beliau telah dilihat sebagai sekutu rapat Azmin, yang mengetuai sekumpulan ahli PKR keluar dari parti dan akhirnya menyertai Bersatu.

Fauzi berkata sekiranya Tian Chua kekal bersama parti itu, beliau akhirnya akan “diabadikan” sebagai salah seorang perintis parti itu, setelah menjadi salah seorang naib presiden dan ahli aktifnya sejak penubuhannya pada 1999.



“Walaupun pernah dikaitkan dengan mereka (puak Azmin), dia boleh pertikai bahawa hakikatnya beliau kekal dalam parti, tidak seperti Azmin and Co. dan ia adalah bukti kesetiaannya kepada perjuangan besar ‘Reformasi’.

“Kita mempunyai persamaan di sini, apabila Abdullah Ahmad Badawi yang memihak kepada Pasukan B Tengku Razaleigh Hamzah dalam pemilihan Umno 1987, tetapi tidak pernah menyeberang ke Semangat 46.

“Abdullah berada di belantara politik selama empat tahun sebelum diterima kembali oleh arus perdana Umno dan menjadi menteri luar. Kemudian pada 2003, beliau menjadi perdana menteri kelima,”

Tian Chua berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatan naib presiden untuk “menurunkan suhu” dalam parti susulan perebutan jawatan dalam pemilihan parti pada Mei.



Bagaimanapun, beliau akan mempertahankan Ketua Bahagian PKR Batu dan “kemungkinan besar” akan bertanding kerusi Parlimen Batu yang dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) 2008 dan 2013.

Namun penganalisis dari Universiti Malaya (UM) Awang Azman Pawi percaya Tian Chua memilih untuk tidak bertanding semula jawatan naib presiden kerana sudah ada dua “pasukan” yang akan bertembung dalam pemilihan parti.

Beliau berkata Tian Chua bukan dalam kedua-dua kumpulan ini.

“Tanpa Azmin, agak sukar untuk Tian Chua menang dalam PKR. Sudah tentu, PKR masih akan bersikap kritis terhadap Tian Chua, melainkan beliau boleh melakukan sesuatu seperti lebih lantang dalam mempertahankan kepimpinan parti daripada kritikan luar. Ini boleh menyebabkan penyokong PKR menerimanya semula,”



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)



Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker