Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

LELAKI berkenaan tidak membantu neneknya untuk bangun kembali, sebaliknya hanya meneruskan rakaman. – Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia dikecam netizen kerana tidak membantu neneknya yang terjatuh dan terbaring di atas tanah, sebaliknya hanya merakam kejadian itu, lapor laman Berita Hits hari ini.

Berdasarkan video yang tular di laman perkongsian gambar Instagram, lelaki itu pada mulanya berlari ke tepi rumah mereka sambil beristighfar apabila melihat neneknya terbaring  di tanah.

Warga emas itu  tidak dapat bangun kembali atau menggerakkan anggota badannya.

Lelaki itu berulang kali memanggil nama neneknya dan menggoyang-goyangkan tubuh  wanita itu.



Dia bagaimanapun tidak membantu neneknya untuk kembali berdiri, sebaliknya meneruskan rakaman kejadian itu.

Lelaki sama kemudian memanggil ibunya untuk membantu warga emas tersebut yang kelihatan berada dalam kesakitan.

Seorang wanita kemudian tiba dan membantu memapah warga emas tersebut.

Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.



“Cucu tak guna,” kata seorang pengguna.

“Kalau saya berada di situ, saya sumpah seranah dia berhabis-habisan dahulu,” kata netizen lain. – AGENSI

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amelia Henderson terima lamaran Aedy Ashraff (Video)



Zara dituduh guna duit NGO beli kereta mewah

Sajat bayar teman lelaki untuk ‘melekat’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker