Pesawat rempuh pasar raya, tiga maut

SEBUAH pesawat ringan terhempas dan merempuh pasar raya di Azteca, Mexico. – Twitter/@DiariodeMorelos

BANDAR RAYA MEXICO –  Tiga orang terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas ke dalam sebuah pasar raya di Mexico kelmarin, demikian menurut beberapa laporan seperti yang disiarkan akhbar Metro UK.

“Sekurang-kurangnya tiga orang lagi cedera dalam tragedi itu,” lapor media tempatan, Excelsior.

Beberapa gambar yang disiarkan media tempatan dan laman sosial menunjukkan bangkai pesawat itu di kejiranan Azteca, Temixco.

Terdapat kebimbangan letupan akan berlaku tetapi agensi Perlindungan Awam Persekutuan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Beberapa saksi memberitahu akhbar tempatan, Diario de Morelos bahawa mereka melihat pesawat itu mengalami masalah untuk terus berada di udara dan menyatakan, juruterbang gagal mengawal kapal terbang kecil itu.

Pesawat itu dipercayai daripada jenis BE9L yang berlepas dari pelabuhan Acapulco dan menuju ke negeri Puebla.

“Asap keluar dari salah sebuah enjinnya sebelum pesawat terhempas,” kata beberapa saksi.

Dua mangsa yang cedera dibawa ke hospital berdekatan manakala yang lain dibenarkan pulang ke rumah. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker