Covid-19: 15215 kes baharu, 64 kematian

Covid-19: 15215 kes baharu, 64 kematian

Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 15,215 kes baru Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 4,167,418.

Kes aktif kini berjumlah 236,024, turun 21.1 peratus berbanding 14 hari lalu.



Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (6,985)

Kuala Lumpur (1,434)

Negeri Sembilan (974)



Sarawak (828)

Johor (751)

Kedah (734)

Perak (701)



Pulau Pinang (679)

Pahang (554)

Terengganu (403)

Kelantan (362)



Melaka (350)

Sabah (251)

Labuan (80)

Perlis (66)



Putrajaya (63)

Sebanyak 64 lagi kematian akibat wabak itu dilaporkan semalam, di mana 14 daripadanya diisytiharkan berlaku di luar hospital (BID).

Negeri yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi ialah Perak (20) diikuti Kedah (8), Selangor (7), Pulau Pinang (6), Johor (5), Negeri Sembilan (4), Sarawak (4), Kelantan (3) , Melaka (2), Pahang (2), Sabah (2) dan Terengganu (1).

Sepanjang minggu lalu, purata sebanyak 53 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 74 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu, yang menunjukkan penurunan.



Sejak wabak Covid-19 melanda pada Mac 2020, sebanyak 34,906 kematian direkodkan di seluruh negara.

Sebanyak 2,158 kematian dilaporkan pada bulan ini berbanding 770 kematian pada Februari dan 491 kematian pada Januari.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 1,055 kematian bagi setiap satu juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia.

Sebanyak 4,843 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 282 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Covid-19: 15215 kes baharu, 64 kematian


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker