Guan Eng dah ‘ketaq’ – Norliza

Guan Eng dah ‘ketaq’ – Norliza

Ketua Wanita Umno Pulau Pinang Norliza Abdul Rahim hari ini menempelak bekas ketua menteri Lim Guan Eng berikutan ‘perang mulut’ susulan lawatan bekas perdana menteri Najib Razak ke Pulau Pinang.

Ini selepas Lim “mempertahankan” persatuan perniagaan Pulau Pinang yang mengkritik sambutan terhadap Najib ketika lawatannya ke pulau itu.



“Saya terkejut dia (Lim) cepat melatah untuk membela Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC). Ia cuma mengesahkan bahawa saya di pihak benar.

“PCCC adalah suara DAP dan kini dia bertindak seperti jurucakap PCCC.”

Norliza menjawab hantaran Lim di Facebook semalam yang mendakwa ‘Umno membuli masyarakat Cina’.

“Sama ada hak untuk mewakili atau tidak, ia diputuskan oleh masyarakat Cina, bukan oleh parti politik perkauman yang melampau. Saya juga berharap Umno tidak membuli pemimpin Cina.



“Umno belum lagi bertanding dalam pilihan raya umum negara, dan ia telah pun cuba membuli masyarakat Cina dan kepentingan sosial Cina,” kata pengerusi DAP kebangsaan itu.

Norliza juga mempersoalkan sekiranya Lim berhajat mahu menjadi jurucakap PCCC.

Norliza yang juga ketua Wanita BN Pulau Pinang juga menasihatkan organisasi itu supaya menumpukan perhatian terhadap perkara berkaitan perniagaan untuk masyarakat Cina sahaja.

Dia turut mendakwa Najib kini lebih popular berbanding Lim di kalangan orang Cina.



“Jika dia (Lim) mahu menjadi jurucakap PCCC, dia harus faham bahawa peranan PCCC adalah mengenai hal-hal berkaitan perniagaan untuk masyarakat Cina. Saya bukan dalam kedudukan untuk mengajarnya mengenai peranan PCCC.

“Cukuplah saya hanya menasihatkan PCCC supaya fokus kepada peranan mereka dan bukannya politik,” kata Norliza yang malah mendakwa Najib kini lebih popular berbanding Lim dalam kalangan orang Cina.

Dua hari lalu Norliza berkata dia meluat dengan Presiden PCCC Hong Yeam Wah dan Adun Komtar Teh Lai Heng yang telah mengeluarkan kenyataan membantah lawatan Najib ke Pulau Pinang pada Jumaat.

Hong menolak tanggapan bahawa masyarakat Cina mengalu-alukan kedatangan Najib ke negeri itu.



Ini selepas Presiden Persatuan Klan Zhang Persekutuan Malaysia Anthony Chang berkata dia menerima Najib dengan tangan terbuka bagi pihak masyarakat Cina di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Norliza turut menyelar Lim kerana memilih untuk memuat naik hantaran berkenaan hanya dalam bahasa Mandarin.

“Posting dia hanya dalam bahasa Cina. Kenapa? Sasaran dia pembaca Cina kerana dia tahu Najib mempunyai daya tarikan yang lebih kuat berbanding dirinya dalam masyarakat Cina sekarang.

“Itulah sebab kenyataannya hanya dikeluarkan dalam bahasa Cina dengan tujuan mengurangkan tarikan Najib yang semakin meningkat dalam masyarakat Cina,” kata Norliza.



Norliza berkata Lim telah menukar pendiriannya apabila menjadi menteri kewangan PH bawah teraju pentadbiran perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

“Cukup lucu, Lim Guan Eng sekarang tak dapat tidur nyenyak malam sebab lawatan Najib,” sindirnya. Mk

Guan Eng dah ‘ketaq’ – Norliza


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker