Limosin Putin Direka Seperti ‘Kubu Mudah Alih’ Bernilai Hampir RM800 juta

Limosin Putin Direka Seperti ‘Kubu Mudah Alih’ Bernilai Hampir RM800 juta

SEJAK konflik melanda Rusia-Ukraine bulan lalu, Vladimir Putin adalah antara individu yang mendapat perhatian masyarakat dunia.

Ini termasuklah kenderaan rasmi yang digunakan oleh Presiden Rusia itu untuk ke mana sahaja

Putin dilaporkan memiliki sebuah limosin bernilai £142 juta (RM784 juta) yang dilengkapi ciri kalis peluru, perlindungan keselamatan yang ketat dan interior dalaman yang mewah.

Limo itu mula-mula didedahkan kepada umum semasa majlis pemasyhuran presiden keempat Putin, apabila ia digunakan sebagai pengangkutan ke Kremlin pada 2018.

Limo Aurus Senat pada asasnya adalah ‘kubu mudah alih’ di mana ia direka khas dengan bantuan kepakaran Porsche.

Walau bagaimanapun, ia tidak mempunyai semua ciri berteknologi tinggi yang anda jangkakan.

Putin dilaporkan tidak mahu perisian Android atau Apple dalam kenderaan itu kerana bimbang diintip oleh kuasa Barat.

Bahagian dalamannya diperbuat daripada kayu dan kulit kambing, manakala motornya dikuasakan oleh enjin 6.6 liter V12.

Ia seberat 14,330 paun (6,500kg) dan mampu melindungi penumpangnya walaupun terhempas di bawah air.

Ia juga kalis peluru dan bom, walaupun butiran penuh ciri keselamatannya belum dikeluarkan secara terbuka atas sebab yang jelas. – Dailystar

Limosin Putin Direka Seperti ‘Kubu Mudah Alih’ Bernilai Hampir RM800 juta

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker