Saya tak bersuara ketika itu sebab Sapura bukan syarikat GLC, Najib beritahu Rafizi

Saya tak bersuara ketika itu sebab Sapura bukan syarikat GLC, Najib beritahu Rafizi

Kurang sejam Naib Presiden PKR Rafizi Ramli membidas Najib Razak berhubung isu ‘bailout’ Sapura Energy Bhd, Ahli Parlimen Pekan itu tampil menegaskan beliau tidak bersuara ketika pengarah eksekutif syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu dibayar gaji tinggi kerana statusnya sebagai syarikat swasta sebelum 2019.

Dalam catatan di Facebook sambil berkongsi tangkap layar artikel bertajuk “Mana suara Najib?”, bekas Perdana Menteri itu berkata Sapura juga bukan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memerlukan pengawasan dan kawalan dari seorang perdana menteri.

“Saya tidak bersuara ketika CEO dibayar dengan gaji lumayan sebab sebelum 2019, syarikat tersebut adalah syarikat swasta yang juga dibina dan dimilik CEO tersebut untuk menjadi syarikat perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar dalam dunia.

“Syarikat swasta yang bayar, shareholders (pemegang taruh) dan lembaga pengarah swasta yang luluskan gaji dan pampasan bagi pengurusannya. Dia nak dibayar RM1 bilion setahun pun bukan masalah kerajaan selagi pemegang-pemegang saham dan lembaga pengarah Sapura izinkan. Tidak kena mengena dengan kerajaan,” tegasnya.

“Lemah, Rafizi. Cuba lagi.”

Terdahulu, Rafizi berkata pengarah eksekutif Sapura menerima kira-kira RM983 juta dalam pelbagai bentuk bayaran daripada 2009 hingga 2018, ketika Najib menjadi Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beberapa rekod kewangan syarikat petroleum itu sejak sedekad lalu banyak mengundang kontroversi termasuk bayaran kepada pengarah-pengarah eksekutifnya yang juga pemegang saham terbesar Sapura.

Najib kemudian menyindir Rafizi mengapa pemimpin PKR itu tidak bersuara semasa Pakatan Harapan menyuntik dana tambahan sebanyak RM2.7 bilion ke dalam Sapura pada 2019 untuk menjadikan Putrajaya sebagai pemegang saham terbesar, biarpun mengetahui pendapatan bagi bekas CEO adalah tinggi.

“Yang bail-out, korang. Tapi kamu bisu masa itu. Dengan itu, Sapura menjadi GLC pada 2019 dan bekas CEO itu bersara sebagai CEO pada Mac 2021.

“Seluruh pengurusan atasan dan lembaga pengarah Sapura juga telah bertukar.”

Katanya, pendekatan dan kaedah Rafizi yang lebih cenderung untuk mencari salah berbanding mencari penyelesaian antara sebab PH tidak boleh diberi peluang sekali lagi untuk duduk di Putrajaya.

“Kita ada peluang untuk selamatkan ekonomi dan potensi untuk menjana kembali kekayaan dengan memulihkan sebuah syarikat terbesar dalam sektor industri terpenting negara pada ketika permintaan dunia bagi perkhidmatan minyak dan gas adalah tinggi dengan harga tinggi.

“Sekiranya Petronas yang amat memerlukan perkhidmatan Sapura mengambil alih atau membantu Sapura, kerajaan tak perlu gunakan satu sen pun untuk memulih Sapura.

“Malah berpotensi untuk mengaut keuntungan berpuluh ganda setelah nilai Sapura dipulihkan ke keadaan sebelum ini. Jika Sapura dibiarkan muflis ia tak memberi sebarang manfaat pada negara,” katanya. FMT

Saya tak bersuara ketika itu sebab Sapura bukan syarikat GLC, Najib beritahu Rafizi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker