Kita ada satu lagi spesies katak istimewa, sindir Azalina

Kita ada satu lagi spesies katak istimewa, sindir Azalina

Lantang bersuara dalam memperjuangkan Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti, Ahli Parlimen Penggerang, Azalina Othman Said secara sinis berteka-teki mengenai “spesies katak istimewa” yang terdapat di Malaysia.

Menerusi hantaran di Facebook, Azalina turut memuatnaik gambar spesies katak-katak yang boleh dijumpai di Malaysia dan juga melampirkan gambar hiasan “ahli politik katak” yang dipercayai merujuk kepada ahli-ahli politik yang melompat parti.



“Tahukah kamu bahawa terdapat lebih 100 spesies katak di Malaysia setakat hari ini?

“Pasti kamu tidak tahu, terdapat satu lagi spesies katak istimewa yang ditambah dalam senarai tersebut. Boleh kamu teka,” soalnya di Facebook.

Hantaran tersebut turut ditanda dengan tanda pagar #SayNo2FrogsColony, #TolakKatak dan #SayaSokongAHL2022.

Isu tindakan wakil rakyat yang berpaling tadah dan melompat parti menjadi masalah ketara dalam politik Malaysia sejak sekian lama dan ia memuncak pada tahun 2018, iaitu sejak kerajaan BN tumbang buat pertama kalinya pada pilihan raya umum ke-14. Beberapa ahli parlimen Umno juga dilamar menyertai Bersatu.



Susulan Langkah Sheraton, wakil rakyat yang berpihak kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika itu berpaling tadah sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Ini seterusnya diikuti dengan penubuhan sebuah kerajaan baru pimpinan Muhyiddin Yassin – Perikatan Nasional (PN). Kerajaan baru di bawah pimpinan Ismail Sabri Yaakob kemudian ditubuhkan selepas Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Undang-undang anti-lompat adalah sebahagian daripada perjanjian reformasi, yang bertujuan untuk menghalang wakil rakyat daripada menyalahgunakan mandat yang diberikan oleh pengundi kepada mereka. Ia adalah sebahagian daripada kandungan yang telah ditandatangani oleh kerajaan dan PH dalam memorandum persefahaman.

Ia sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada mesyuarat penggal kelima sidang parlimen ke-14 pada Mac yang berakhir pada 24 Mac lalu.



Bagaimanapun, kerajaan kemudian memaklumkan satu sidang kas Dewan Rakyat akan diadakan pada 11 April depan untuk membolehkan RUU antilompat parti itu dibentang dan dibahaskan. Mk

Kita ada satu lagi spesies katak istimewa, sindir Azalina


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]



Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker