Yasin berdepan hukuman mati

Yasin berdepan hukuman mati

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman didakwa di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium kira-kira dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah, memandangkan kes itu di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, Yasin atau nama penuhnya Muhammad Yasin Sulaiman, 46, didakwa mengedar ganja dianggarkan seberat 214 gram.



Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Kota Damansara, Selangor pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.

Susulan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dalam prosiding berlainan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norshila Kamaruddin, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja dalam pasu berisi tanah pada tempat, waktu dan tarikh sama.



Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Bagi kedua-dua prosiding itu, mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap penyanyi Mimpi Laila itu dan menetapkan 18 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Prosiding pendakwaan hari ini dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Al-Saifi Hashim dan Asnawi Abu Hanipah manakala Yasin diwakili peguam Mohd Yusmadi Mohamad Yusoff. Mk

Yasin berdepan hukuman mati




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker