Fasa peralihan ke Endemik, KJ ingatkan rakyat jangan leka

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan untuk tidak lalai dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara bakal memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula Jumaat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dalam fasa itu, orang ramai masih perlu terus memakai pelitup muka serta mengamalkan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek – Uji, Lapor, Asing, Maklum, Dapatkan Rawatan) untuk mencegah dan mengawal penularan Covid-19.

Beliau berkata bagi memastikan mereka dan anak-anak dilindungi, pengambilan vaksin Covid-19 adalah digalakkan.

“Esok kita masuk fasa peralihan ke endemik. Gelombang Omicron terkawal. Angka Rt negara 0.88. Sistem kesihatan awam cukup kapasiti. But let’s not let our guard down (Tapi jangan biarkan kawalan kita lemah,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob awal bulan ini mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik serta pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April (Jumaat). – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker