Kes curi sawit menjadi-jadi

Kes curi sawit menjadi-jadi

MARAN – Peneroka di tanah rancangan Felda di sini bimbang apabila kecurian buah kelapa sawit semakin menjadi-jadi ke­belakangan ini hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan mereka.

Peneroka mendakwa kecurian berlaku hampir di kesemua kawasan tanah rancangan yang melibatkan orang dalam hingga mengakibatkan kerugian besar.

Kemasyarakatan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, pelbagai usaha dilakukan termasuklah melakukan kawalan dan menutup semua pintu masuk dan jalan tikus ke ladang sawit.

“Isu kecurian sawit ini semakin menjadi-jadi dan dalam mesyuarat Felda baru-baru ini boleh dikatakan kesemua tanah rancangan Felda di negeri ini menghadapi masalah yang sama.

“Memang sukar mengatasi masalah ini kerana pelbagai cara digunakan pencuri malah trend kecurian melibatkan orang dalam sendiri dan bukannya orang luar menyukarkan lagi keadaan,” katanya di sini semalam.

Menurut Razak, beliau telah memohon kepada pihak Felda untuk menempatkan polis bantuan bagi melakukan rondaan pada waktu malam tetapi tiada peruntukan kerana kekangan kewangan.

Beliau yang juga Ketua Pene­roka Jengka 24 menambah, susulan itu pihaknya telah bersepakat untuk mengutip wang bagi membayar upah kepada pihak tertentu mengawal ladang setiap malam.

Tambahnya, pada masa ini pihaknya juga telah membina pintu pagar di setiap laluan masuk ke ladang selain menggali jalan-jalan tikus bagi mengelakkan kereta atau lori memasuki kawasan ladang.

Dalam pada itu katanya, kes kecurian pada masa ini amat sukar kerana banyak melibatkan orang dalam dan tempatan yang boleh keluar masuk ke kawasan ladang sawit.

Malah katanya, tindakan individu terbabit yang mencuri dalam jumlah yang sedikit menggunakan motosikal dan kereta di merata kawasan ladang menyukarkan kegiatan itu dikesan.

“Sebelum ini ada yang mencuri ketika solat Jumaat, namun mereka sudah berjaya ditahan dan tiada lagi kes seperti itu, namun kini kes kecurian lebih sukar dikesan kerana mereka mencuri sedikit demi sedikit, ia tidak me­libatkan orang luar,” ujarnya. K Online

Kes curi sawit menjadi-jadi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pensyarah hina pelajar B40 tak mampu beli laptop (Video)

Rupanya Patung Seks, Penduduk Kampung Digempar Mayat Dalam Tong Sampah [VIDEO]

Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker