Anak penyu berkepala dua

Penemuan keempat

Anak penyu berkepala dua

DUNGUN: Empat penemuan anak penyu berkepala dua direkodkan di Projek Konservasi Lang Tengah Turtle Watch di Tanjong Jara Resort, Terengganu sejak tahun 2021.

Pengurus projek Abidah Zaaba berkata, daripada jumlah itu seekor ditemui pada tahun lepas manakala tiga lagi dijumpai pada Ogos dan September tahun ini.

Menurut Abidah, berasarkan penemuan itu, setakat ini hanya seekor sahaja yang masih hidup dan bakinya mati sebelum menetas.

“Selepas kita buat pemeriksaan sarang kita ada jumpa beberapa kejadian macam ini tetapi malangnya ia masih dalam telur, maksudnya anak penyu itu tidak menetas.

“Kita jumpa dua kali anak penyu berkepala dua tetapi ia sudah mati ketika dalam telur. Jadi mungkin ini kemungkinan datang daripada baka yang sama, mungkin ibu atau bapa,” katanya.

Jelasnya anak penyu yang telah mati itu disimpan untuk dijadikan pameran di pusat berkenaan.

Menurut abidah, pihaknya tidak menolak kemungkinan anak penyu terbabit datang daripada baka yang sama berikutan penemuannya di sekitar kawasan berdekatan serta diperamkan di projek konservasi sama.

Pada 30 Ogos lalu, seekor anak penyu agar berkepala dua ditemukan di Projek Konservasi Lang Tengah Turtle Watch.

Anak penyu itu dijumpai ketika proses pemeriksaan rutin selepas telur di sarang berkenaan menetas. Aw

Anak penyu berkepala dua


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]

Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker