Lim Kit Siang takut dengan PRU15

Lim Kit Siang takut dengan PRU15

Lim Kit Siang dikatakan takut dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) apabila menuduh ia diadakan untuk menyelamatkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang sedang berdepan tuduhan di mahkamah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi turut bertanya kepada Kit Siang sama ada beliau lupa bahawa pemimpin-pemimpin UMNO tidak lari.



Menurut beliau, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sedang menghadapi perbicaraan.

“Sebenarnya Kit Siang yang takut. Bagaimana mahu selamatkan kes terowong anaknya? Dulu bolehlah bekas Peguam Negara, Tommy Thomas selamatkan kes rasuah banglo anaknya.

“Sebab itu rakyat tidak sabar menunggu hasil siasatan Pasukan Petugas Khas buku Tommy didedahkan. Ia adalah pendedahan ‘ibu segala kedurjanaan’ PH selama 22 bulan.

“PRU akan menamatkan kedurjanaan PH. Sebab itu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) Tommy mesti disegerakan. Ia juga akan menamatkan retorik Kit Siang,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.



Kit Siang membuat tuduhan tidak berasas terhadap BN itu dalam satu kenyataan, semalam.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut mendakwa BN mahu PRU15 diadakan segera bagi membebaskan Najib dari penjara. MG

Lim Kit Siang takut dengan PRU15


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN



Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker