Mahathir buat-buat tak tahu

Mahathir buat-buat tak tahu

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya sengaja ‘buat-buat tidak tahu’ mengenai pendakwaan terpilih.

Presiden UMNO itu mendakwa, selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Dr Mahathir yang ketika itu Pengerusi BERSATU dan Perdana Menteri membuat usaha terdesak dengan memintanya supaya membubarkan UMNO.



Beliau berkata, tujuan Ahli Parlimen Langkawi itu supaya semua ahli UMNO beralih berpindah ke parti BERSATU.

“Tujuannya adalah untuk menghasut supaya ahli UMNO sendiri membenci parti berteraskan Melayu yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negara.

“Usaha terdesak Dr Mahathir apabila meminta saya membubarkan UMNO. Berderau darah saya mendengar kata-kata itu, maka apabila saya diminta untuk melompat parti meninggalkan UMNO dan menyertai BERSATU, dengan tegas saya tolak permintaan Dr Mahathir untuk bubarkan UMNO.

“Saya tak akan khianati parti UMNO walaupun ketika itu UMNO sedang tewas, ramai wakil rakyat (UMNO) yang lompat parti, menjauhkan diri dan menganggap UMNO tidak akan mampu kembali menjadi kerajaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.



Ahmad Zahid berkata, tidak lama selepas tidak bersetuju UMNO perlu dibubar, beliau terpaksa membayar harga tinggi dengan pendakwaan terpilih apabila dikenakan 87 tuduhan rasuah.

“Saya tak pernah berganjak seinci pun mempertahankan UMNO. Kalaulah saya akur untuk membubar UMNO dan melompat parti, saya tidak akan dikenakan apa-apa, bebas daripada pendakwaan terpilih.

“Hal ini kerana terdapat beberapa Ahli Parlimen yang melompat parti dan meninggalkan UMNO atau Barisan Nasional (BN) untuk menyertai BERSATU kerana takut akan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meskipun menerima wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya pernah ketengahkan perkara ini di mahkamah sebelum ini,” katanya.



Beliau bagaimanapun, menegaskan akan tetap berdiri tegak mempertahankan parti UMNO tanpa gentar dengan pendakwaan terpilih itu.

“Manusia boleh merancang, tetapi perancangan Allah SWT adalah sebaik-baiknya. Marilah berdoa supaya kita berjaya lawan kezaliman dan penganiayaan musuh politik BN yang cuba memusnahkan UMNO,” katanya. BH

Mahathir buat-buat tak tahu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN



Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker