Giliran siapa pula tuduh PRU15 paling kotor dalam sejarah?

#PRU15

Giliran siapa pula tuduh PRU15 paling kotor dalam sejarah?

Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, beliau tidak sabar untuk melihat kenyataan ‘Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) paling kotor dalam sejarah’ daripada mana-mana pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, kenyataan sedemikian sering dikeluarkan oleh pemimpin DAP atau PH sejak dahulu lagi.

“Ini adalah taktik biasa PH untuk menghasut rakyat dan penyokong mereka, kononnya hak mengundi mereka terjejas,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Malah, pentadbir laman Facebook Najib Razak memberitahu, veteran DAP, Lim Kit Siang pernah menulis buku bertajuk The Dirtiest General Election in the History of Malaysia pada 1991.

Selain itu, beliau menambah, Kit Siang pernah mengeluarkan kenyataan ‘PRU13 paling kotor dalam sejarah’ diikuti oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pada PRU14.

“Selain kenyataan paling kotor itu, mereka turut akan gunakan slogan ‘Selamatkan Malaysia’ sebagaimana digunakan oleh Kit Siang sejak tahun 1960-an,” jelasnya. MG

Giliran siapa pula tuduh PRU15 paling kotor dalam sejarah?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker