Ifa Raziah Dituduh Tipu Dapat Gelaran Datuk?

Ifa Raziah Dituduh Tipu Dapat Gelaran Datuk?

Sebelum ini mendakwa dirinya telah menerima gelaran Datuk, penyanyi Ifa Raziah sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila namanya tidak tersenarai dalam laman web yang menunjukkan individu-individu yang telah menerima darjah kebesaran tersebut.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @putihshushu, pengguna ini membongkarkan tiada sebarang butiran rekod menunjukkan nama penyanyi dangdut itu mendapat gelaran berkenaan.

Takde pun, mana? Takkan istiadat tak update kot Saripah Raziah.“

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa pelantun lagu Terus Terang itu membeli gelaran Datuk yang menyebabkan namanya tidak diletakkan di dalam sistem.

“Dato pakai beli..Mana nak ada istiadat,” ujar warganet.

“Semuanya dato beli…Settlekan apa susah,” kata seorang lagi netizen.

Walau bagaimanapun ada juga yang berfikiran positif dengan berpendapat laman web itu masih lagi tidak dikemaskini oleh si pemaju.

Sekadar info, Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha pernah mengaku bahawa telah menerima gelaran Datuk pada tahun 2016, namun tidak mahu menggunakannya atas sebab tidak memberikan sebarang kelebihan kepada kerjaya dalam bidang seni mahupun perniagaan. Bn

Ifa Raziah Dituduh Tipu Dapat Gelaran Datuk?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati

Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker