Rafizi Kemaruk Tumpang Glamour Bossku

Oleh Nurul Aishah

KITA semua tahu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sedang kemaruk mahu menumpang nama Datuk Seri Najib Tun Razak memandangkan fenomena Bossku kini semakin kuat sehingga mengerunkan Pakatan Harapan(PH) dan Mahathir.

Selain sentiasa muncul dengan “Formula Songsang”, Rafizi dilihat sanggup lakukan apa sahaja untuk popular setelah kenyataan beliau berkenaan PTPTN, harga minyak dan lain-lain lagi ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 didapati hanya pembohongan semata-mata.

Rakyat sudah tidak percaya pada pembohongan Rafizi namun beliau bagaikan “tong kosong” terus “melalak” dahagakan perhatian.

Tanpa ada rasa malu Rafizi Ramli mendakwa Najib Razak “takut” untuk berdebat dengannya mengenai isu kewangan Sapura Energy Berhad selepas Najib berkata bersedia berdebat dengan Rafizi tetapi mahu Presiden PKR, Anwar Ibrahim turut menyertai debat berkenaan.

Mungkin Rafizi lupa bahawa beliau bukan “level” Bossku untuk dia berdebat. Rafizi cuma mahu menumpang “glamour” Bossku sahaja selepas dia menghilang selama empat tahun supaya dia dapat mencari publisiti semula untuk melawan Saifudin Nasution dalam pemilihan PKR. Sepatutnya sebelum dia berdebat dengan Bossku lebih baik Rafizi berdebat dengan Saifuddin Nasution dahulu.

Ataupun Rafizi boleh berdebat dengan Isham Jalil. Dahulu Rafizi pernah kalah semi-final debat semasa Isham Jalil menang pemidato terbaik debat Piala Perdana Menteri tahun 1991.

Jika Anwar Ibrahim tidak mahu menyertai debat itu, Datuk Seri Najib sarankan agar Rafizi boleh berdebat sahaja dengan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil.

Nampak gaya Rafizi seolah-olah gali kubur sendiri sekarang ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker