Tinggikan nilai kehambaan di bulan Ramadan

RAMADAN adalah bulan yang mendidik iman dan ketundukan seorang hamba terhadap Tuhannya Allah Rabbul Izzati. Ramadan adalah bulan yang menanam sifat insaniatul insan dalam diri seorang iaitu  menjadikan manusia sebagai hamba kepada Tuhan.

Tanda iman seorang hamba adalah apabila ia tunduk dan patuh kepada Allah. Mengikut ajaran yang dibawa Nabi Muhammad SAW dengan sebenar-benar ikutan dan dengan penuh ketaatan.

Islam menuntut kita memberikan ketundukan kita dalam segenap aspek kehidupan bermula dengan akidah. Akidah yang jelas akan membawa hidup kita kepada jalan yang betul dalam hidup. Akidah yang benar tidak akan membenarkan kita mengikut dan menurut pemahaman-pemahaman barat yang bertunjangkan kepada humanisme.



Pemikiran yang berasaskan kepada individu dan memberikan kebebasan kepada individu  dalam  menentukan pilihan hidup, baik  dalam beragama, berpendapat maupun dalam menuntut haknya. Pemikiran yang  cuba memisahkan kebergantungan manusia dari unsur agama.

Islam meletakkan kita adalah hamba Allah. Hamba yang perlu menurut ketentuan dan ajaran Allah. Kita perlu tunduk kepada undang-undang dan peraturan Allah kerana kita telah berikrar bahawa hanya Allah yang kita sembah dan tunduk.

Inilah yang dinamakan insaniatul insan iaitu menjadikan manusia sebagai hamba kepada Tuhan dan membebaskan diri dari ketundukan kepada manusia dan selain Tuhan.

Hakikat inilah yang tersirat dalam persyariatan berpuasa. Jelas di dalam firman Allah dalam ayat 183 Surah al Baqarah bahawa ibadah puasa adalah untuk menjadikan kita insan bertakwa.



يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Takwa adalah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala yang ditegah.

Ibadat puasa menyediakan jiwa seseorang untuk bertakwa kepada Allah SWT dengan meninggalkan keinginannya semata-mata kerana patuh kepada perintah Allah SWT.



Tidak bertindak sesuka hati melainkan merujuk kepada al Quran dan ajaran Nabi. Tidak menuntut kebebasan sehingga melanggar fitrah diri. Tidak melakukan maksiat sesuka hati atas nama hak asasi. Tidak cenderung kepada ajaran dan pemahaman selain Islam ajaran yang benar.

Dengan itu, akan terdidiklah jiwa orang yang berpuasa untuk meninggalkan keinginannya dengan penuh kesabaran. Seterusnya akan terdidiklah jiwa rasa kehambaan dan kepatuhan kepada Allah.

Untuk itu, hayatilah Ramadan dengan penuh ikhlas dan kesungguhan. Moga semakin tinggi nilai insaniatul insan dan kehambaan kita kepada Tuhan sekalian alam.

Dr Suriani Sudi



Ketua Wanita ISMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker