UMNO dan Bersatu tiada langsung kemungkinan untuk bersama!

Umno dan Bersatu sudah ‘bercerai’ serta tidak mungkin akan bekerjasama pada pilihan raya umum akan datang walau apa jua asalan pun kata Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

“Umno dan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) sudah ‘bercerai’ dan tidak mungkin untuk Umno terima mereka kembali untuk atas alasan apa pun.

“Kita sudah tiada kerjasama dengan Bersatu dan semua tahu perkara itu malah telah disebut dalam Perhimpunan Agung Umno tahun lalu. Tiada apa-apa pertukaran dalam hal itu.



“Kita sudah ‘bercerai’ sebab ada banyak punca termasuk penubuhan Bersatu itu juga yang menewaskan kami dalam PRU14. Pada masa itu, macam-macam mereka kata pasal kami,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata tindakan Bersatu mengambil bekas ahli parlimen dan Adun Umno apabila mereka melompat parti menyukarkan kerjasama kedua-dua parti.

Kata Ahmad, daripada 31 kerusi Bersatu di parlimen, hanya enam merupakan kerusi asal, manakala 10 daripada kumpulan ahli parlimen Gombak, Azmin Ali iaitu daripada PKR dan 15 daripada Umno.

Ahmad turut mendakwa penubuhan Bersatu seolah-olah mahu menggantikan Umno kerana banyak ciri-ciri Umno yang diambil pakai oleh parti itu.



“Mereka itu mahu ambil alih Umno kerana sebahagian besar mereka adalah ahli Umno. Nama dan warna kami juga mereka ambil. ‘Bersatu’ itu adalah tagline Umno iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat,” katanya.

Tambah Ahmad, dia juga tidak nampak parti pembangkang lain bersedia untuk bekerjasama dengan Bersatu kerana matlamat yang berbeza-beza.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong



Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun

Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker