PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN

#PRU15

PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN

Pakatan Harapan (PH) telah membuat keputusan muktamad tiada kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Gerakan Tanah Air (GTA) dan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, PH tidak mempunyai sebarang hasrat untuk bekerjasama dengan parti-parti terbabit dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN).

“Saya meneliti beberapa laporan media yang membayangkan bahawa Presiden PKR dan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia dan terbuka untuk bekerjasama dengan GTA atau PN.

“Ini tidak benar. Pendirian PKR dan PH amat jelas iaitu fokus utama kami adalah untuk memperkukuh Pakatan Harapan itu sendiri,” katanya dalam sidang media sebelum ini.

Fahmi berkata, Anwar telah menegaskan PKR hanya akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai nilai yang baik dalam usaha menewaskan BN.

Serentak itu, beliau berkata, PH tidak akan mengambil sebarang tindakan untuk membuat perbincangan dengan PN dan GTA.

“Datuk Seri Anwar telah menyatakan bahawa sebarang kerjasama dengan mana-mana parti menjelang PRU-15 tidak hanya tertumpu kepada usaha menumbangkan UMNO-BN tetapi mesti berteraskan prinsip-prinsip agenda reformasi, tatakelola yang baik dan melawan rasuah.

“Oleh itu, PKR tiada hasrat untuk mengadakan perbincangan kerjasama pilihanraya dengan GTA dan PN,” katanya.

Beberapa media hari ini melaporkan Anwar terbuka untuk bekerjasama dengan seteru termasuk dengan Mahathir dan Muhyiddin untuk mendepani cabaran dalam PRU-15.

Anwar dilaporkan berkata, pintu kerjasama itu sentiasa terbuka asalkan berlandas prinsip tertentu bukan semata-mata untuk menumbangkan UMNO dan BN.

“Kami (PH) komited dalam melaksanakan agenda reform (pembaharuan), melawan gejala rasuah dan penyalahgunaan rasuah. Sesiapa saja yang bersetuju dengan prinsip ini, boleh datang dan berbincang kami. Ruang adalah terbuka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kemungkinan kerjasama dengan pihak tertentu termasuk dengan Dr Mahathir dan Muhyiddin biar pun masing-masing memiliki sejarah hitam susulan Langkah Sheraton pada 2020.

Sehingga kini PH hanya membuka pintu kerjasama dengan MUDA dan PSM dan rundingan sedang dijalankan dengan kedua-dua parti itu mengenai pembahagian kerusi. MG

PH muktamad tiada kerjasama dengan GTA, PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker