Gajah naik minyak serang penduduk melepak di tepi jalan

GAJAH itu menyerang sekumpulan penduduk di Malappuram, India. – Newslions

NEW DELHI – Seekor gajah naik minyak menyerbu ke arah sekumpulan penduduk di India sebelum merempuh sebuah motosikal yang diletakkan di tepi jalan dalam kejadian kelmarin, lapor akhbar New York Post.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), penduduk bandar Malappuram sempat melarikan diri sebelum gajah itu menyerang mereka pada pukul 8.30 malam (waktu tempatan).

Ketika kejadian, sebilangan penduduk dilihat berkumpul berhampiran beberapa buah motosikal di tepi sebatang jalan yang sunyi dan bercahaya malap.

Mereka kemudian ketakutan apabila mendengar bunyi kuat dari kawasan berhampiran.



Rakaman seterusnya menunjukkan mereka bertempiaran lari dan mencari perlindungan di dalam bangunan.

Seekor gajah mengejar mereka dan melintas jalan sebelum menusuk sebuah motosikal menggunakan gadingnya.

Akhbar Malayalam Mathrubhumi melaporkan, renjer hutan dan penduduk tempatan kemudian membantu mengalihkan gajah itu ke habitat liar berhampiran kawasan hutan Malappuram. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf



Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker