Gelandangan serang wanita ditahan, ada 16 rekod jenayah

Gelandangan serang wanita ditahan, ada 16 rekod jenayah

Lelaki gelandangan dipercayai memukul kepala seorang wanita sehingga menerima lima jahitan, selain menyebabkan hidung mangsa retak, di sekitar bangunan Centre Point, Klang, Rabu lalu ditahan polis hari ini.

Suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar Bandar Baru Klang, kira-kira 5 petang.



Ketua Polis Klang Utara, S Vijaya Rao, berkata penahanan itu dilakukan hasil laporan mangsa berusia 30-an berkaitan kes cubaan samun oleh suspek.

“Bertindak atas maklumat, lelaki yang melarikan diri selepas kejadian itu ditahan petang tadi. Suspek dibawa ke IPD Klang Utara dan direman esok bagi membantu siasatan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Katanya, siasatan mendapati wanita yang berjalan bersendirian itu ditendang sehingga terjatuh selain dipukul di muka dan kepala.

Sabtu lalu, FMT melaporkan suami kepada wanita berkenaan bimbang isterinya tidak akan mendapat keadilan memandangkan suspek dipercayai gelandangan.



Hemi Mohd berkata, selepas berita mengenai serangan pada 18 Mei itu tular, warganet menyuarakan rasa simpati dan berkongsi maklumat mengenai suspek.

Hidung isterinya, Fuza Nordin retak dan terpaksa menerima lima jahitan. Dia juga lebam di muka, pipi dan dahi, selain mengalami pendarahan di mata kanannya.

Hemi mendakwa, suspek bertanggungjawab terlepas kerana dianggap mengalami masalah mental.

Dalam pada itu, Vijaya berkata, semakan mendapati suspek memiliki 16 rekod jenayah termasuk dadah.



“Hasil ujian saringan air kencing lelaki itu turut didapati positif dadah. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya. FMT

Gelandangan serang wanita ditahan, ada 16 rekod jenayah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?



Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker