Keputusan PAS bersama PN telah lama dijangka – Presiden UMNO

Presiden Umno Zahid Hamidi berkata mereka sudah menjangkakan PAS akan terus bersama Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya umum akan datang.

“Dengan keputusan itu, Umno bersama BN akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini,” katanya.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini berkata mesyuarat jawatankuasa kerja parti itu memutuskan untuk memperkukuh kerjasama dalam PN untuk menghadapi pilihan raya umum.

Dalam kenyataan pendek empat perenggan itu, Hadi juga berkata mereka akan memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi negeri dengan PN.

Kenyataan itu tidak menyebut secara jelas mereka memilih PN dan tidak lagi mahu bekerjasama dengan Umno dan BN, tetapi menunjukkan kecenderungan ke arah itu.

PAS sebelum ini berkali-kali menegaskan mahu mempertahankan “perpaduan ummah” dengan kedua-dua parti berlelagah BN dan PN.

Dalam kenyataan ringkas petang ini, Zahid juga menegaskan Umno tidak pernah menutup agenda perpaduan ummah berteraskan keikhlasan dan kejujuran.

Istiqamah pertahankan kerjasama PAS dalam PN

Sementara itu, Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata dia amat menghargai keputusan Jawatankuasa PAS Pusat untuk memperkukuhkan kerjasama dalam gabungan itu dalam menghadapi PRU15.

“Keputusan ini memberikan suntikan semangat kepada Perikatan Nasional untuk bergerak dengan lebih tersusun dan bersatu-padu dalam meraih sokongan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sambil merakamkan penghargaan kepada Abdul Hadi, presiden Bersatu itu berharap rakan-rakannya itu akan terus istiqamah mempertahankan kerjasama PAS dalam PN.

“Saya mendoakan semoga PN mendapat mandat rakyat dalam PRU15 untuk membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar memberi tumpuan kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker