Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Bekas ahli parlimen PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata dia tidak lagi berdaya mengubah keinginan PAS yang mahu memperkukuhkan kerjasaman dengan Perikatan Nasional (PN) dan bukan memulihkan Muafakat Nasional (MN).

Menurut bekas setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu, PAS telah membuat pilihan dan PN adalah pilihannya.

“Apakan daya. Itulah pilihan PAS,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan.

Khairuddin berkata demikian mengulas pendirian PAS hari ini yang menegaskan untuk kekal bersama PN.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan keinginan partinya memperkukuhkan kerjasama mereka dengan PN dan tidak menyebut langsung mengenai MN.

“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini telah membuat keputusan memperkukuhkan kerjasama dalam PN untuk menghadapi PRU ke-15 atas prinsip penyatuan ummah, dan memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan PN,” katanya.

Bagaimanapun, menurut ahli parlimen Kuala Nerus yang pernah digambarkan seperti “burung hud hud” oleh pemimpin tertinggi PAS itu berkata dia tidak akan berputus asa dalam usaha memulihkan MN.

Katanya, MN juga merupakan harapan ahli parti PAS.

“Namun, kita tidak berputus asa. Ia harapan ahli bawahan.

“Muafakat Nasional boleh diteruskan melangkaui kerjasama politik pilihan raya.

“Ia menjadi platform untuk ahli politik dalam dua parti Islam terbesar negara berpolitik secara matang, kekal bersaudara, bersaing secara sihat di arena politik pilihanraya dan saling mengukuhkan satu sama lain dalam perkara melibatkan kepentingan Islam dan negara,” katanya.

Pada 3 Oktober lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata sebarang usaha untuk memulihkan MN mestilah berpandukan kepada apa yang disifatkannya sebagai prinsip dan semangat asal piagam itu.

“Namun, Umno tidak sesekali dapat menerima mereka yang berterusan melakukan pengkhianatan dan mengambil sikap dengan menjadikan BN sebagai musuh utama mereka,” katanya, dipercayai merujuk kepada Bersatu yang bersama-sama PAS dalam PN. Mk

Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker