Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19

TAIPEI: Pasukan penyelidik Academia Sinica mengenal pasti dua reseptor penting yang boleh menjadi pelan tindakan dalam merawat pembekuan darah yang disebabkan oleh COVID-19, komplikasi jangka panjang yang dikaitkan dengan penyakit berkenaan.

Central news agency (CNA) melaporkan pasukan itu yang diketuai Hsieh Shie-liang, mengesan mekanisma yang menyebabkan pembentukan ‘neutrophil extracellular traps’ (NET), faktor penyumbang dalam trombosis dalam kalangan pesakit COVID-19.

Dalam kajian ke atas pesakit demam denggi, pasukan Hsieh sebelum ini mendapati platelet menyebabkan pengeluaran vesices ektracelular (EVs) yang meningkatkan pembentukan induced NET menerusi dua reseptor — CLEC5 and TLR2.

Pasukan hipotesis Hsieh mendapati mekanisma ini turut menyumbang kepada pembekuan darah dalam kalangan pesakit kritikal COVID-19, dengan paras platelet EV yang tinggi.

Menurut CNA, penyelidikan itu yang diterbitkan dalam ediri 11 Julai Journal of Biomedical Science, menyebut pasukan itu membandingkan EV penyumbang sihat dan pesakit COVID-19, dan mendapati tiada pembentukan NET dalam kalangan penyumbang sihat.

Menggunakan tikus sebagai ujikaji, pasukan itu mendapati walaupun virus SARS-CoV-2 membentuk induced NET, kehadiran platelet telah menyumbang kepada peningkatannya dengan ketara.

Menurut pasukan itu, penemuan itu menunjukkan platelet merupakan penggalak kuat pembentukan induced NET SARS-CoV-2-.

Pasukan itu berkata keputusan itu adalah konsisten dengan atau tanpa kehadiran platelet, yang membuktikan peranan kritikal yang dimainkan oleh dua reseptor pembentukan induced NET SARS-CoV-2.

Hsieh berkata sasaran ke atas CLEC5A dan TLR2 boleh menyediakan pelan tindakan yang baik untuk kajian pada masa depan bagi menangani pembekuan darah yang berpunca daripada COVID-19 dan komplikasi jangka panjang yang dikaitkan dengan COVID-19, katanya.

— BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker