Mawar temui pengganti Fizo?


Hampir setahun lebih bergelar ibu tunggal, pengusaha tudung terkemuka, Mawar Karim kembali menjadi perhatian ramai di media sosial.

Ini kerana menerusi Instagram miliknya, Mawar yang juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar ada memuat naik gambar memaparkan dirinya serta turut kelihatan tangan seorang lelaki misteri.

Rata-rata netizen di ruang komen tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki misteri itu namun Mawar hanya membiarkan peminat berteka-teki mengenai siapakah pemilik tangan tersebut.

Menerusi perkongsian tersebut Mawar turut menulis beberapa coretan serta azam baru sempena kedatangan tahun 2021.



Sementara itu, di Insta Story miliknya, Mawar ditanya adakah dia sudah temui pengganti bekas suaminya, malah ada yang bertanyakan adakah dia akan kembali bersama bekas suaminya.

Bagaimanapun, Mawar menjawab soalan itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Mawar dan Fizo berkahwin pada November 2013 namun rumah tangga mereka hanya mampu bertahan selama enam tahun apabila bercerai pada Julai 2019.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam kini berusia empat tahun. MG



Fizo tegur peminat ajak bergambar ketika makan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker