Kabinet diberitahu Mahathir mungkin cuai dalam kes Batu Puteh – Ismail

Kabinet diberitahu Mahathir mungkin cuai dalam kes Batu Puteh – Ismail

Jemaah Menteri diberitahu kemungkinan berlaku kecuaian dan kekhilafan oleh Dr Mahathir Mohamad terhadap tuntutan kes Batu Puteh, kata Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri dalam kenyataan berkata, Jemaah Menteri dimaklumkan oleh pasukan petugas khas dalam kes itu bahawa Mahathir mungkin telah membuat kesilapan untuk tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman pada 11 Jun 2018 melibatkan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.



Ismail turut memaklumkan bahawa Jemaah Menteri bersetuju meneruskan tindakan perundangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk kes itu hasil cadangan daripada petugas khas.

Beliau menambah bahawa Putrajaya akan mengambil semua langkah sewajarnya untuk mempertahankan kedaulatan Malaysia.

Pada 2008, ICJ memutuskan bahawa Batu Puteh adalah milik Singapura, Middle Rocks kepada Malaysia dan South Ledge kepunyaan negeri di perairan wilayah di mana ia berada.

Pada Jun 2017, Malaysia memohon kepada ICJ untuk meminta tafsiran penghakiman itu.



Pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan bawah pimpinan Mahathir menarik balik permohonan untuk membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura.

Pada 29 Okt tahun lalu, Jemaah Menteri telah membuat keputusan bagi membentuk pasukan petugas khas bagi menyemak semula undang-undang berkenaan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dan mencadangkan langkah terbaik mengenai hala tuju kerajaan berhubung kes berkenaan.

Pasukan itu dipengerusikan bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali dan terdiri daripada peguam tempatan yang mengendalikan kes berkenaan pada 2016 hingga 2017, pengamal undang-undang, pakar pengukuran maritim serta wakil kementerian atau jabatan yang berkepentingan.

Ismail turut memaklumkan keputusan kerajaan bagi menyahklasfikasikan dan mendedahkan kepada umum laporan siasatan ke atas dakwaan-dakwaan mengenai buku “My Story: Justice In The Wilderness” tulisan bekas peguam negara, Tommy Thomas.



Thomas sedang disiasat kerana menghasut dan beberapa kesalahan lain berhubung kandungan buku kontroversinya dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA), Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Seksyen 124I dan 203A Kanun Keseksaan.

Pasukan petugas khas telah mengecilkan dakwaan dalam buku Thomas kepada empat isu utama, iaitu dakwaan yang dilemparkan terhadap badan kehakiman; mendedahkan rahsia kerajaan; penyalahgunaan kuasa dan kecuaian profesional; dan kenyataan berunsur hasutan. FMT

Kabinet diberitahu Mahathir mungkin cuai dalam kes Batu Puteh – Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal



PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker