Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy

#PRU15

Saya belum tahu bertanding di mana – Khairy

Menteri Kesihatan sementara Khairy Jamaluddin belum pasti kawasan mana beliau akan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Jika saya tahu, saya tidak begitu bimbang,” katanya secara berseloroh, dan memaklumkan beliau menyerahkan kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan.

Khairy, yang menyandang kerusi Parlimen Rembau sejak 2008 berkata demikian ketika ditemui selepas persidangan Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM).

Bulan lalu, Khairy berkata, beliau diminta untuk tidak mempertahankan Parlimen Rembau bagi memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, yang mahukan peranan dalam politik di peringkat persekutuan.

“Baru-baru ini, Mohamad menghantar mesej kepada saya supaya mengosongkan kerusi tersebut. Saya patuh apa yang Umno mahu dan di mana mereka mahu saya bertanding. Tidak mengapa.

“Saya belum menerima sebarang arahan. Saya akan berasa malu untuk ‘menceroboh’ kawasan lain. Senario terburuk, saya tidak akan bertanding,” katanya.

Mohamad, bekas menteri besar Negeri Sembilan yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau sejak 2004, tidak menyatakan kerusi Parlimen mana yang ingin ditandinginya.

Rantau antara salah satu daripada empat DUN dalam Parlimen Rembau.

Sejak itu, Khairy dikaitkan bertanding di Port Dickson dan Seremban di Negeri Sembilan dan Alor Setar di Kedah.

Pada Isnin, Khairy berkata, beliau sentiasa terbuka untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen pada PRU15.

“Saya orang politik, bila diminta pergi ke mana-mana, saya pergi. Tidak kisah di mana-mana pun.

“Banyak kerusi ditawarkan kepada saya, namun yang menawarkan adalah pemimpin tempatan. Yang membuat keputusan nanti adalah pucuk pimpinan parti.

“Negeri Sembilan atau Lembah Klang, saya terbuka,” katanya menurut Berita Harian. FMT

Saya malu untuk ceroboh kawasan lain – Khairy


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

One Comment

  1. Senang2 swap dengan Tok Mat, bertanding di Rantau, kalau BN menang, jadi Menteri Besar. Tak ada salahnya dapat pengalaman di persekutuan dan negeri.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker