Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal

#PRU15

Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal

Seorang pemimpin DAP menggesa Pakatan Harapan (PH) mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tiga negeri ditadbirnya bagi memberi laluan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Biro Undang-undang Kebangsaan DAP, Ramkarpal Singh, berkata PH tidak seharusnya membebankan rakyat dengan mengadakan pilihan raya Parlimen dan negeri berasingan memandangkan Putrajaya telah memaksa negara untuk mengadakan PRU15.



“Kami terpaksa mempertimbangkan pilihan raya negeri sekarang kerana keputusan kerajaan persekutuan yang mementingkan diri sendiri dalam menggesa pilihan raya Parlimen.

“Oleh kerana rakyat perlu keluar dan mengundi Ahli Parlimen, mengapa tidak mengundi kedua-dua ADUN dan Ahli Parlimen juga?” katanya dalam kenyataan.

Penyandang kerusi Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, beliau telah turun padang di Pulau Pinang, dan rakyat memaklumkan mereka tidak mahu pilihan raya berasingan.

“Tidak ada yang tidak berprinsip dalam mengadakan pilihan raya serentak sekarang kerana ia pasti untuk kepentingan rakyat.



“Rakyat akan faham bahawa kita terpaksa melakukannya kerana kerajaan persekutuan yang memaksa PRU15 pada mulanya,” katanya.

Malam tadi, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata parti masih belum bersetuju untuk membubarkan DUN Pulau Pinang selepas Pengerusinya Lim Guan Eng menggesa PH untuk terbuka dalam mengadakan pilihan raya Parlimen dan negeri secara serentak.

Terdahulu, FMT melaporkan DAP dan PKR berbeza pendapat sama ada tiga negeri dikuasai PH – Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan – perlu mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya persekutuan.

Pada Selasa, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu kerajaan negeri melengkapkan penggal penuhnya.



Bagaimanapun, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Munir Bani menjelaskan semalam bahawa Amirudin tidak meminta perkenan diraja untuk membubarkan DUN ketika menghadap baginda pada 11 Okt.

Negeri Sembilan telah mengumumkan kemungkinan besar mengadakan pilihan raya negeri tahun depan, walaupun sedang menunggu keputusan Majlis Presiden PH. FMT

Bubar DUN semua negeri PH – Ramkarpal


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal



PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker