Sebuah peristiwa kira-kira empat tahun lalu

Sebuah peristiwa kira-kira empat tahun lalu

Sebuah peristiwa kira-kira empat tahun lalu

Ini sebuah peristiwa kira-kira empat tahun lalu. Sebuah kisah yang berlaku beberapa bulan selepas UMNO tertewas PRU-14 angkara fitnah dan tipu daya.

Kisah pada Disember 2018 ini antara peristiwa yang masih dingati semua. Beberapa pemimpin UMNO keluar parti atas sebab yang semua sedia maklum.

Dalam masa sama mereka mengugut Presiden UMNO supaya meletak jawatan atau seramai 10 lagi pemimpin UMNO akan menyertai mereka keluar parti.

Mereka ketika itu memberi alasan kononnya Presiden UMNO tiada hala tuju dalam membawa UMNO mengadapi PRU-15.

Ketika mereka membuat desakan itu belum lagi menyertai PPBM, tetapi mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selepas muslihat itu gagal, dua bulan kemudian baru mereka secara rasmi menyertai PPBM dan Pakatan Harapan (PH).

Ironinya beberapa tahun kemudian mereka antara yang terlihat amat susah hati apabila UMNO minta PRU-15 diadakan selepas proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos 2021.

Sepatutnya mereka menyokong kerana UMNO telah pun membuktikan hala tujunya pada PRN Melaka, Johor dan juga hala tuju yang jelas untuk PRU-15.

Iaitu untuk kembali membentuk sebuah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dominan demi memastikan kestabilan dan kemakmuran negara.

Apapun inilah antara kisah nyata dan benar berpandukan fakta yang harus menjadi pengajaran mendewasakan selepas sejarah hitam 9 Mei 2018 terjadi di Malaysia.

#PRU15

#DemiNegara

#DemiRakyat

#DemiKestabilan

#DemiKemakmuran

#demikesejahteraan

Sebuah peristiwa kira-kira empat tahun lalu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ini semua salah lanun bola – TMJ

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker