Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15

Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15

Najib Razak mungkin masih mampu mempengaruhi pengundi dalam pilihan raya umum akan datang, walaupun kini dipenjarakan, menurut dua penganalisis.

Bercakap kepada FMT, James Chin dari Institut Asia University of Tasmania, dan Felo Majlis Profesor Jeniri Amir merujuk kepada populariti Najib di media sosial.

Chin berkata “Bossku masih aktif” di Facebook, dan telahpun memulakan kempennya. Malah, Chin menyifatkannya raja media sosial Malaysia, dan tiada pemimpin politik lain mampu menandingi capaiannya.



Katanya, populariti Najib, khususnya dalam kalangan golongan Melayu muda, berkemungkinan besar mempengaruhi hasil pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Beliau turut memuji bekas perdana menteri itu kerana “respons baiknya” melibatkan isu utama.

“Beliau tahu caranya untuk menegur orang, tetapi tidak semestinya mengkritik pembangkang dengan membuta tuli,” katanya.

Najib mempunyai 4.1 juta pengikut di Twitter, iaitu jauh menjangkaui pemimpin Melayu lain. Presiden Muda, Syed Saddiq Abdul Rahman, dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin masing-masing memiliki sekitar sejuta pengikut, manakala Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula mempunyai kira-kira setengah juta pengikut.

Najib turut mendahului di Facebook, dengan 4.6 juta pengikut.



Dia kini menjalani hukuman penjara 12 tahun, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitannya dalam kes melibatkan skandal kewangan dipercayai antara yang terbesar di dunia.

Jeniri berkata, Najib mampu mempengaruhi PRU15 sekiranya jentera pilihan raya BN bersandarkan isu berkait dengannya, termasuk pemenjaraannya.

Beliau turut menyebut dasar-dasar “berteraskan rakyat” diperkenalkan Najib ketika menjadi perdana menteri, yang mungkin dipetik oleh BN ketika kempen pilihan raya.

Beliau mengaitkan populariti Najib di media sosial dengan “sentuhan rakyat” beliau.



“Orang ramai memang mengikutinya di media sosial, dan ini banyak membantu mengukuhkan imejnya,” katanya.

Menurutnya, BN juga mampu meraih manfaat sekiranya anak Najib, Nooryana Najwa, menyertai kempennya. Nooryana dan abangnya lantang mempersoalkan pemenjaraan bapa mereka.

Bagaimanapun, Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia (USM) tidak bersetuju bahawa Najib mampu menjadi faktor penting dalam PRU15 kelak.

“Umno mungkin berkempen berdasarkan program lamanya, tetapi Najib sebagai seseorang personaliti mungkin sekadar bersifat marginal,” katanya. FMT

Populariti Najib jadi ‘X factor’ dalam PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker