Mahathir akhirnya mengaku minta Zahid bubarkan UMNO

Mahathir akhirnya mengaku minta Zahid bubarkan UMNO

Pengerusi Gerakan Tahan Air (GTA) Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui beliau meminta Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya membubarkan parti itu.

Mahathir yang pernah menjadi presiden UMNO selama lebih 22 tahun mendakwa, matlamat perjuangan parti yang mewakili kumpulan terbesar orang Melayu itu tidak lagi berteraskan agama, bangsa dan negara.

Dalam kenyataan terbaharu di media sosial, Mahathir mendakwa UMNO kini hanya memperjuangkan kepentingan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.



Menurut beliau, sokongan terhadap Najib yang ditunjukkan oleh pihak dalam UMNO tidak ikhlas sebaliknya kerana mahu mendapatkan imbuhan berbentuk wang.

“Ya, saya suruh Zahid bubar UMNO. UMNO kalah dalam PRU14 dan ramai dari wakil rakyat UMNO tinggal UMNO. Ada yang lompat masuk Bersatu.

“UMNO kalah kerana tidak lagi berjuang untuk bangsa, negara dan agama. UMNO hanya berjuang untuk Najib. Sokongan kepada Najib bukan kerana setia tetapi kerana duit.

“UMNO bukan lagi UMNO. Sebab itu UMNO sepatutnya dibubar,” katanya ringkas di media sosial hari ini.



Ahmad Zahid sebelum ini mendakwa beliau terpaksa ‘membayar harga yang tinggi’ selepas menolak permintaan Mahathir membubarkan UMNO.

Presiden UMNO itu berkata, dia dikenakan 97 pertuduhan apabila tidak mengikuti arahan Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri buat kali kedua selepas Pakatan Harapan (PH) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Berderau darah saya mendengar kata-kata tersebut. Maka, apabila saya diminta agar melompat parti, meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu maka dengan tegas saya tolak permintaan Dr Mahathir untuk bubarkan UMNO.

“Saya tidak akan mengkhianati parti UMNO walaupun ketika itu UMNO sedang tewas, ramai wakil rakyat UMNO yang lompat parti, menjauhkan diri dan menganggap UMNO tidak akan mampu kembali menjadi kerajaan.



“Tidak lama selepas saya tidak bersetuju UMNO dibubarkan, saya terpaksa membayar harga yang tinggi dengan pendakwaan terpilih dikenakan 87 tuduhan rasuah,” kata Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid membalas kenyataan Mahathir yang menuduhnya mahu mempercepatkan PRU15 dan memenangi pilihan raya bagi mengelakkan pertuduhan di mahkamah. MG

Mahathir akhirnya mengaku minta Zahid bubarkan UMNO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker