Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Tindakan label-melabel pihak lain dengan sesuatu yang buruk disifatkan sebagai tidak wajar.

Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menempelak kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa kerjasama dijalin antara Pas dengan UMNO serta Barisan Nasional (BN) ibarat ‘durian mentah’ yang boleh menyebabkan seseorang mengalami perut kembung jika dimakan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menggunakan pemerhatian yang kononnya level diberikan itu adalah mengikut kaca mata sendiri.



“Saya khuatir buah durian durinya tajam, siapa ada yang di bawah dan jika durian itu jatuh maka tajamnya duri itu akan mengena kepala kalau tidak terkena badan. Jangan main-main dengan durian sama ada masak atau pun tidak masak di atas pokok… tunggulah. Kalau durian itu jatuh dan orang itu ada di bawah maka tidak dapat mengelakkan luka akibat terkena durian itu.

“Sepatutnya gunakanlah politik untuk memperkuatkan agama dan bukan untuk melevelkan sebuah pertubuhan atau parti politik sama dengan mana-mana binatang, tumbuhan atau pun mana-mana buah.

“Kalau saya mahu mengaibkan… saya boleh tetapi saya mempunyai akhlak untuk tidak mengaibkan sesiapa terutamanya kita yang mempunyai pengetahuan agama dan janganlah menggunakan agama untuk tujuan politik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bagan Datuk di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini.



Sementara itu beliau yang juga Pengerusi BN menjelaskan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, rakan-rakan dari ‘Friends of BN’ akan diberi peluang bertanding.

“Ini adalah pertama kali ‘Friends of BN’ akan diberikan peluang untuk bertanding sebagai calon Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“‘War room’ belum memuktamadkan mana-mana calon dari mana-mana parti tetapi kita yakin parti teras BN iaitu MCA, MIC dan PBRS akan diutamakan terlebih dahulu dan tentunya tidak melupakan rakan-rakan dari Friends of BN untuk diberikan peluang.

“Saya yakin walaupun tidak kesemua iaitu lapan parti dari Friends of BN itu akan mendapat kerusi tetapi kita mulakan dengan diberi peluang kepada mereka untuk menawarkan diri sebagai calon dan telah kenal pasti kerusi-kerusi yang akan diberikan kepada mereka,” jelasnya.



Dalam pada yang sama Ahmad Zahid menegaskan bahawa ada dakwaan beliau yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya UMNO/BN memenangi PRU15.

“Ini merupakan usaha pihak-pihak tertentu untuk memecah belahkan parti. Parti UMNO/BN mengekalkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada April lalu yang menamakan Naib Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

“Jadi… jika ada parti pembangkang yang ‘menamakan’ orang lain selain daripada Datuk Seri Ismail Sabri, itu adalah usaha untuk memecahkan UMNO dan BN,” ujarnya.

Tegasnya, berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan, kuasa melantik Perdana Menteri adalah kuasa mutlak Yang di Pertuan Agong yang mana pada hemat baginda seseorang Ahli Parlimen itu mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen lain. – UMNO Online



Zahid Hamidi Sindir Hadi Awang “Jangan ‘Main-Main’ Dengan Durian”

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker