Manifesto Tidak Ditunai, Jangan Tertipu Lagi Helah PH – Ismail Sabri

jangan sesekali lupa atau kena tipu sekali lagi dulu dah janji menang malam ini esok minyak turun

Manifesto Tidak Ditunai, Jangan Tertipu Lagi Helah PH – Ismail Sabri

Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap rakyat mengambil pengajaran daripada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk tidak termakan dengan helah yang dilakukan pembangkang.

Beliau juga percaya bahawa pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) akan melakukan pelbagai manifesto seperti yang pernah mereka lakukan pada PRU14 yang lalu.



“Pembangkang nanti dia akan keluarkan manifesto macam-macam… duit pun tiada lagi cakap sahaja sebab itulah, jangan sesekali lupa atau kena tipu sekali lagi dulu dah janji menang malam ini esok minyak turun, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dihapuskan.

“Akhirnya Tun Dr Mahathir Mohamad kata manifesto bukan kitab suci kalau tak tunai tidak ada hal, itu dia… jadi jangan dipatuk ular sebanyak dua kali dari lubang yang sama jangan terpedaya lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera 2022 di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini, hari ini.



Ismail Sabri berkata PRU15 kelak sebagai peluang terbaik rakyat untuk memilih sebuah kerajaan stabil iaitu Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Bajet 2023 dibentangkan di Parlimen baru-baru ini dapat dilaksanakan.

Katanya ini kerana, Bajet yang dilakukan tersebut sudah mempunyai peruntukan dan hanya menunggu untuk diluluskan sebelum dilaksana.

“Bajet bila diumumkan di Parlimen maknanya kita telah pun mempunyai duit untuk melaksanakan setiap yang kita janjikan cuma belum diluluskan.

“Jadi boleh maklumkan kepada orang di luar sana kalau hendak bajet yang cantik seperti ini dilaksanakan undilah kita barulah boleh mentadbir semula dan luluskannya… cuma yang penting mesti menang dan menguasai Putrajaya,” ujar beliau.



Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bera itu turut mempersoal tindakan pembangkang yang tidak berpuas hati apabila pembubaran dilakukan sedangkan mereka sebelum ini mengkritik pentadbiran kerajaan sebagai tebuk atap.

Malah tindakan penyandang Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menfailkan saman pemula terhadap beliau, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen adalah suatu yang tidak bertanggungjawab kerana ianya telah diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Saya bubarkan Parlimen untuk kembalikan kuasa kepada rakyat tentukan kerajaan mereka hendak… kalau dulu ambil alih dari PH waktu itu pelbagai perkara dan tuduhan mereka bangkitkan, kerajaan tebuk dinding, atap macam-macam tak puas hati jadi bila saya umum untuk kembali kepada rakyat sepatutnya mereka terima kasih kepada saya.

“Tiba-tiba dia pula bawa kes ke mahkamah untuk isytihar supaya pembubaran saya buat terbatal, sekarang ini dicabar di mahkamah bagi saya pembangkang mencabar keputusan Agong.



“Saya meminta itu hak saya tapi kuasa pemutus adalah daripada Agong apabila diputuskan tidak sepatutnya dicabar, beginilah sikap Dap kepada institusi raja.

“Dap perintah sekejap tapi sudah tunjuk belang ini lah mereka, sebab itu kena pastikan UMNO/BN menang PRU15 kena sekat kemaraan mereka,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Manifesto Tidak Ditunai, Jangan Tertipu Lagi Helah PH – Ismail Sabri



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker