UMNO, Pas Mungkin Boleh Bekerjasama Kembali – Ismail Sabri

ini adalah kerana dalam politik tidak selama-lamanya menjadi musuh dan begitu juga sebalik tidak selama-lamanya bergelar kawan.

UMNO, Pas Mungkin Boleh Bekerjasama Kembali – Ismail Sabri

BERA: UMNO dan Pas mungkin boleh bekerjasama kembali kerana dalam politik semuanya boleh berlaku, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kedua-dua parti itu juga, kata Ismail Sabri, patut elak sikap caci-mencaci dan serang-menyerang demi keharmonian umat Islam.

Menurut Ismail, ini adalah kerana dalam politik tidak selama-lamanya menjadi musuh dan begitu juga sebalik tidak selama-lamanya bergelar kawan.

“Saya harap kita sesama kita ni terutamanya yang UMNO-Pas selama ini telah cuba bekerjasama membentuk Muafakat Nasional (MN) cuba elakkan daripada cacipmencaci tuduh-menuduh di antara satu sama lain.

“Sebagai umat Islam, tak sepatutnya kita menyerang sesama sendiri sebab hubungan tu mungkin boleh elok semula akan datang dan kita dalam politik ini tidak selama-lamanya menjadi musuh, tidak selama-lamanya menjadi kawan, sepatutnya kita cuba elakkan daripada menyakitkan hati sesiapa dalam politik.

“Mana tahu satu hari nanti entah nak duduk bersama balik demi kepentingan umat Islam dan Melayu di negara kita, jadi kalau kita lepas cakap tuduh yang bukan-bukan akhirnya boleh menyebabkan timbulkan sakit hati antara satu sama lain… sebab itu saya cuba mengelakkan daripada mengeluarkan kata-kata kesat kepada sesiapa sekalipun,” kata Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan jentera Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Bera di sini, pada Ahad.

Pada Jumaat, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas mengambil keputusan menangguhkan kerjasa dengan UMNO kerana ada kekeruhan di dalam UMNO.

Presiden Pas itu berkata, beliau bukan mahu bermusuh dengan UMNO tetapi di dalam UMNO masih ada yang tidak sedar diri hingga menimbulkan kekeruhan.AA

UMNO, Pas Mungkin Boleh Bekerjasama Kembali – Ismail Sabri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker