Sanusi jangan sibuk hal UMNO dengan Pas, kalau berani bubar DUN

#PRU15

Sanusi jangan sibuk hal UMNO dengan Pas, kalau berani bubar DUN

Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir memberi peringatan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar tidak masuk campur hubungan UMNO dan Pas di Pulau Pinang.

Peringatan itu diutarakan susulan Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas dilihat seolah-olah mempertikaikan tindakan UMNO Pulau Pinang yang masih mengharapkan pucuk pimpinan parti dan Pas membincangkan kembali kerjasama menerusi hantar di Facebook rasminya.



Jelas Musa, hubungan UMNO dan Pas di negeri ini agak istimewa selain pimpinan kedua-dua parti itu juga akrab serta menyokong setiap program yang diadakan.

“Hubungan erat antara UMNO dan Pas sini bukan disebabkan UMNO lemah atau takut menghadapi pilihan raya sebaliknya ia terus dipertahan atas kepentingan ummah serta jalinan kerjasama yang baik sebelum ini.

“Kalau tak tau cerita tak payah la bercakap, jaga Kedah sahaja. Dia (Sanusi) bukan tahu apa yang jadi dekat Pulau Pinang jadi tak perlu kalut hal kami.

“Kalau berani sangat saya cabar Sanusi agar bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan buat serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di sini, hari ini.



Mengulas lanjut Musa berkata, pihaknya cuba untuk mengelak pertembungan antara Pas serta UMNO pada PRU15 namun terpaksa akur dengan keputusan gerak secara solo.

“Dahulu hampir 60 tahun kita tak berkawan dengan Pas tapi sekarang kita dah baik, ini pertama kali kita cuba nak elak bertembung diantara Pas dan UMNO. Tapi kalau Pas tak mahu kita tak boleh buat apa.

“Kita perjuangkan ini bukan kerana UMNO lemah atau tiada kekuatan, jangan kata UMNO takut atau gentar, kalau terpaksa lawan kita akan lawan,” katanya. MG

Sanusi jangan sibuk hal UMNO dengan Pas, kalau berani bubar DUN




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau

Musim YB salam B40 sudah tiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker