PH Tak Bubar DUN Sibuk Pasal Persiapan Banjir? Berbohong Demi Terus Ada Kuasa- Asyraf Wajdi

PH Tak Bubar DUN Sibuk Persiapan Banjir? Berbohong Demi Terus Ada Kuasa- Asyraf Wajdi

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang mengambil keputusan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Terdahulu dilaporkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa keputusan itu diambil bagi memastikan persiapan dibuat bagi menangani banjir di tiga negeri terbabit.

Soal Dr Asyraf Wajdi, adakah ini juga bermaksud bahawa semua pemimpin-pemimpin PH yang berasal dari tiga negeri terbabit tidak akan keluar berkempen pada PRU15 sebab mereka akan sibuk bagi memastikan persiapan dibuat bagi menangani banjir?



“Sekiranya mereka juga turut sibuk berkempen dalam tempoh PRU15 dan bukan sibuk memastikan persiapan banjir maka ini bermakna mereka berbohong kepada rakyat lagi agar mereka boleh merasa menjadi kerajaan bagi beberapa bulan lagi sebelum DUN negeri dibubar secara automatik apabila tempohnya tamat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan dalam laman facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada 10 Okt lalu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan. – UMNO Online

PH Tak Bubar DUN Sibuk Persiapan Banjir? Berbohong Demi Terus Ada Kuasa- Asyraf Wajdi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin



Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker