Maybank pindah ibu pejabat ke Menara Merdeka 118

Maybank pindah ibu pejabat ke Menara Merdeka 118

Maybank menandatangani perjanjian Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk penyewaan bagi memindahkan ibu pejabat korporatnya dari Menara Maybank di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur ke Menara Merdeka 118.

Perjanjian itu bagi tempoh permulaan tiga tahun dan pembaharuan untuk enam penggal lagi selama tiga tahun setiap penggal, yang keseluruhannya berjumlah 21 tahun, di bangunan kedua tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara.



Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, keputusan strategik untuk memindahkan ibu pejabatnya dibuat berikutan pertimbangan yang teliti dan terperinci mengenai keperluan operasi masa depannya.

Katanya, pertimbangan utama termasuk keperluan ruang kerja yang menyokong norma baharu dan memenuhi cita-cita kemapanan kumpulan perbankan terbesar negara itu.

“Di masa kami secara beransur-ansur menerima pengaturan kerja hibrid dan persediaan pejabat maya, kami secara sedar mahu memenuhi ruang kerja optimum dalam bangunan yang disokong oleh infrastruktur teknologi moden dan progresif alam sekitar, selaras dengan piawaian kemampanan global baharu dalam bangunan.

“Pertimbangan ini adalah penting kepada cita-cita kepimpinan kami dalam bidang pendigitalan dan kemampanan serta sesuai dengan keinginan kami untuk mempromosikan amalan baik dalam setiap aspek operasi kami,” katanya kepada media di majlis menandatangani perjanjian bersama PNB di sini, hari ini.



Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn; Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria dan Pengerusi Maybank Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa.

Khairussaleh berkata, Maybank juga diberi keutamaan untuk menamakan bangunan terbabit dan ia masih dalam perbincangan bersama pihak terbabit.

Menurutnya, bangunan Menara Maybank di Jalan Tun Perak akan disewakan di mana pihak PNB juga akan terbabit sama mencari penyewa yang bersesuaian.

“Penempatan semula ke Menara Merdeka 118 dijangka pada suku pertama 2025 dan mengenai kos pula buat masa ini ia belum dimuktamadkan,” katanya.



Sementara itu, Ahmad Zulqarnain berkata, sebagai syarikat yang mempunyai keupayaan pengurusan hartanah yang berwibawa, PNB akan memanfaatkan kepakarannya untuk menguruskan Menara Maybank serta mencari penyewa baharu, bagi memastikan bangunan itu terus menjana pendapatan selepas perpindahan operasi Maybank.

Beliau berkata, perjanjian itu termasuk pilihan untuk menjual Menara Maybank sekiranya ia menguntungkan kedua-dua pihak.

Ahmad Zulqarnain berkata, perjanjian pajakan itu adalah sebahagian penting daripada perjanjian penyewaan Menara Merdeka 118.

Bank akan membuat pengumuman yang sewajarnya kepada semua pihak berkepentingan dengan butiran yang berkaitan mengenai perpindahan ini setelah lebih hampir dengan tarikh perpindahan pada 2025. HM



Maybank pindah ibu pejabat ke Menara Merdeka 118


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Erra Fazira nak kahwin



Noor Nabila kecil hati dengan suami

Baby Shima mengidam jadi model pakaian dalam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker