Beli Dulu, Bayar Kemudian Memang Syok Tapi Ketahui Hukumnya Dalam Islam

Beli Dulu, Bayar Kemudian Memang Syok Tapi Ketahui Hukumnya Dalam Islam

PEMBELIAN secara dalam talian sudah menjadi salah satu gaya hidup yang bukan sahaja menjimatkan tetapi memudahkan pelanggan mendapat barangan yang disukai dengan mudah.

Bagi menarik pelanggan, perkhidmatan beli dahulu bayar kemudian turut diperkenalkan di mana pengguna boleh melakukan pembelian sehingga suatu had belanja ditetapkan dan melakukan pembayaran pada kemudian hari.



Namun adakah cara itu dibenarkan dalam Islam? Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah menjelaskan terdapat beberapa isu syariah yang timbul melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar pada perkhidmatan itu. Ini termasuklah;

2. Bagi kaedah pembayaran secara ansuran pula, terdapat dua isu syariah padanya melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar. Hal ini kerana setiap caj pemprosesan dan caj lewat bayar yang dikenakan melebihi kos operasi dan kerugian sebenar adalah sebahagian daripada riba.

online-shopping_1-1024x626

Riba adalah diharamkan dan pihak yang terlibat dengannya akan mendapat dosa besar.



Oleh itu, umat Islam dilarang untuk terlibat dengan sebarang transaksi yang mempunyai unsur riba kerana riba adalah haram dan berdosa besar.

Dalam Islam, riba adalah diharamkan dan pihak yang terlibat dengannya akan mendapat dosa besar. Hal ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT berikut:

Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. [Surah al-Baqarah (275)]

Jelas Dr Luqman, para ulama ketika menerangkan pengharaman riba menyatakan bahawa, riba bermaksud tambahan.



Dalam konteks hutang, riba adalah caj tambahan yang dikenakan ke atas jumlah hutang atau caj tambahan kerana seseorang lewat membayar hutang.

Manakala pertambahan atau margin untung yang berlaku dalam jual beli biasa tidak dianggap sebagai riba. (Rujuk Tafsir al-Tabari 13/6[2]; Tafsir al-Mawardi 347/1[3]; Tafsir al-Baghawi 342/1[4])

Ulama membahagikan riba kepada dua kategori utama iaitu Riba al-Qard (berlaku dalam transaksi hutang) dan Riba al-Buyu’ (berlaku dalam jual beli barang-barang ribawi seperti emas dan perak). (Rujuk al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh 3739/5[5])

Oleh itu, perbahasan yang menjadi fokus dalam menjawab persoalan ini akan bertumpukan hukum hakam berkaitan riba dalam hutang (riba al-Qard).



Selain itu, terdapat hadis yang diriwayatkan oleh al-Haris di mana Rasulullah SAW menyatakan bahawa setiap hutang yang disertakan manfaat atau keuntungan sebagai balasan dianggap sebagai riba. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Setiap hutang yang mendatangkan manfaat keuntungan (kepada pemiutang) maka ia adalah riba. [Riwayat al-Haris dalam Musnad al-Haris (437)]

1_c0nak_1y2-uykuX5YFckSQ

Berhati-hati dengan tawaran menarik yang ditawarkan kepada anda.



Isu-Isu syariah dalam perkhidmatan beli dahulu bayar kemudian

Setelah meneliti berkaitan sistem yang ditawarkan ini, dirumuskan bahawa terdapat beberapa isu syariah bagi kaedah bayaran yang ditawarkan. Isu-isu syariah yang dikenal pasti adalah sebagaimana berikut:

1. Processing Fee (Caj Pemprosesan)

Processing Fee adalah caj tambahan yang dikenakan bagi pelanggan yang memilih pelan ansuran yang ditawarkan pihak pemberi perkhidmatan.

Pelanggan yang memilih bayaran menggunakan installment plan akan dikenakan caj pemprosesan sebanyak 1.25 peratus setiap bulan daripada jumlah belian. Tiada caj tambahan akan dikenakan sekiranya pelanggan bayar secara one-off dalam tempoh sebulan.



Processing Fee yang dikenakan di atas dilihat mempunyai unsur riba kerana mengambil manfaat keuntungan daripada pinjaman yang diberikan. Namun begitu, para ulama kontemporari telah membincangkan berkenaan caj servis perkhidmatan dan seumpama dengannya. Caj servis perkhidmatan dibenarkan dengan mematuhi syarat-syarat ketat yang berikut:

2. Caj yang dikenakan hendaklah bertepatan dengan kos sebenar (actual cost).

Caj yang dikenakan hendaklah berdasarkan kos langsung (direct cost) bukannya kos tidak langsung (indirect cost) seperti pembayaran gaji pekerja dan sewa pejabat.

Caj yang dikenakan tidak boleh dikenakan secara peratusan daripada jumlah pinjaman. Sebaliknya, ia hendaklah mengikut kadar sebenar kos pengurusan yang terlibat tanpa sebarang penambahan.

Boleh dikenakan caj dalam bentuk anggaran sekiranya sukar untuk meletakkan satu amaun yang pasti melainkan selepas akaun tutup pada penghujung tahun. Jadi, sekiranya amaun sebenar sudah diketahui, setiap lebihan perlulah dipulangkan semula kepada penghutang mengikut medium yang dipersetujui bersama.

3. Late Payment Fee (Caj Lewat Bayar)

Late payment Fee atau Caj lewat bayar akan dikenakan kepada pelanggan yang gagal membuat bayaran dalam tempoh masa yang ditentukan bagi kedua-dua kaedah pembayaran.

Pelanggan akan dikenakan caj tambahan sebanyak 1.5% daripada jumlah yang tertunggak secara bulanan.

Caj Lewat Bayar di atas dilihat mempunyai unsur riba yang jelas. Hal ini kerana setiap hutang yang disertakan bayaran tambahan akibat berlaku kelewatan dalam pembayaran adalah termasuk dalam kategori Riba al-Qard sepertimana yang telah dijelaskan.

Namun begitu, sekiranya caj tersebut dikenakan bagi menampung kos kerugian maka ia dibenarkan dengan syarat kos tersebut berdasarkan actual cost (kerugian sebenar) sebagai pampasan (ta’widh) bukanlah dianggap sebagai denda (gharamah) mahupun pendapatan tambahan bagi syarikat penyedia kewangan.

Beli Dulu, Bayar Kemudian Memang Syok Tapi Ketahui Hukumnya Dalam Islam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?

Salt Bae tinggalkan restoran ‘cekik darah’ di London

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker