Dos penggalak COVID-19: ‘Pergi klinik, klinik tutup’, KKM perkukuh MySejahtera

Dos penggalak COVID-19: ‘Pergi klinik, klinik tutup’, KKM perkukuh MySejahtera

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menambah baik dan memperkukuh aplikasi MySejahtera susulan beberapa aduan berkait aplikasi tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pihaknya mengakui wujud beberapa permasalahan menerusi aplikasi MySejahtera yang telah menyebabkan kekeliruan dalam kalangan penggunanya.



Antaranya, berkait aduan berkenaan bakal penerima dos penggalak vaksin COVID-19 yang menerima janji temu di klinik yang tidak beroperasi pada hari atau waktu tertentu.

“Apa yang kadang-kala berlaku adalah, apabila janji temu telah diberi, namun pihak klinik tidak beroperasi.

“Sudah tentu pasukan MySejahtera dan KKM tidak dapat menelefon semua, lantaran terdapat beribu klinik.

“Adalah menjadi tanggungjawab juga di pihak yang akan menyediakan suntikan vaksin ini, iaitu klinik, untuk memberitahu kepada pihak berkenaan bahawa klinik tersebut tidak dapat dibuka atau dibuka pada waktu tertentu.

“Kita (KKM) harap perkara ini akan diperbaiki segera dan kita akui berlaku kekeliruan dan sebagainya,” ujarnya di Dewan Rakyat hari ini.



Beliau berkata demikian kepada soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang mengemukakan permasalahan penduduk dikawasannya yang keliru dengan janji temu dos penggalak COVID-19.-AA

Dos penggalak COVID-19: ‘Pergi klinik, klinik tutup’, KKM perkukuh MySejahtera

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Mike Tyson bidas pemimpin Melayu UMNO, Bersatu dan PAS

Keputusan PRN Melaka jadi penentu hala tuju PAS-PN dalam PRU15



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker