Rauf dan Mas Ermieyati bakal berentap di Dun Tanjung Bidara

Sebaran :

Perikatan Nasional telah meletakkan Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga merupaka Timbalan Menteri Undang Undang & Hal Ehwal Parlimen, Mas Ermieyati untuk memberikan cabaran kepada mantan Speaker DUN Melaka yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Abd Rauf Yusoh di DUN Tg Bidara dalam PRN Melaka 2021.

Pertembungan antara kedua-dua mereka pasti akan memanaskan lagi PRN Melaka dan membuatkan DUN Tg Bidara sebagai kawasan panas PRN Melaka.

Namun persoalannya, mampukah Mas Ermieyati menumbangkan Abd Rauf di Dun Tg Bidara.

Tinjauan Edisi Siasat di DUN Tg Bidara menunjukkan suasana sokongan yang tidak seimbang antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.



Apabila ditanya kepada jentera Barisan Nasional di beberapa bilik gerakan Barisan Nasional, mereka memberikan respon yang sangat positif.

Mereka juga memaklumkan jentera Barisan Nasional dan rakyat di Masjid Tanah, khasnya Tg Bidara, sudah lama menantikan saat ini untuk memberikan pengajaran kepada Mas Ermieyati.

Manakala ketika dimaklumkan berita ini kepada jentera Perikatan Nasional, maklum balas yang diterima agak tidak menggalakkan.

Kami akan cuba yang terbaik tetapi realitinya Mas Ermieyati memerlukan keajaiban untuk menumbangkan Rauf di DUN Tg Bidara.



Rauf dan Mas Ermieyati bakal berentap di Dun Tanjung Bidara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bolehkah PH menang PRN Melaka?


Sebaran :

Leave a Reply