G-Shock x Takashi Murakami Dijual Pada Harga RM95,000

Sebaran :

G-Shock x Takashi Murakami Dijual Pada Harga RM95,000

Jika anda bertanya pada collector G-Shock, semua sangat mengenali model kolaborasi yang tersangat rare antara G-Shock dan artis kontemporari dari Jepun, Takashi Murakami.

Mana tidaknya, jam tangan ini boleh menjangkau harga lebih RM100,000 di pasaran ketika ini atas faktor eksklusif dan terhadnya. Baru-baru ini, seorang penjual bernama Azmawie Yasin telah berkongsikan seunit jam tangan G-Shock ‘Frogman’ X Takashi Murakami ini di laman Facebook beliau dan mencari ‘pemberani’ untuk membeli model ini.

Menurut perkongsiannya, jam tangan ini adalah New Old Stock (NOS) dan mmerupakan model dengan nombor siri satu digit (00X/300). Dalam sesetengah keadaan, nombor siri juga main peranan dalam menentukan harga pasaran sesuatu model.



Kenapa ia mahal?

Model ini direka oleh Takashi Murakami, salah seorang artis kontemporari terkemuka Jepun di mana karya seninya boleh mencecah harga jutaan ringgit.

Dalam kes G-Shock ini, model Takashi Murakami x Casio G-Shock GWF1000TM ini sangat terhad kerana hanya 300 unit dihasilkan pada tahun 2010. Pada hari pelancarannya, jam tangan ini dijual pada harga hanya USD4,000 (~RM16,000) tetapi ketika ini, harga pasaran untuk model ini boleh mencecah harga RM100,000.

Harganya meningkat naik kerana rekaan daripada kotak sehingga jam tangan mempunyai sentuhan seni Murakami. Bagi mereka yang tidak mampu membeli karya seni Murakami yang lain, dapat jam G-Shock ini sudah memadai dan dikira ‘mampu milik’, walaupun dibeli pada harga RM100,000.



Untuk siri nombor pula, model dengan nombor siri 001/300 disimpan sendiri oleh Murakami manakala nombor yang lain dijual kepada umum. Dalam satu kejadian, jam tangan ini pernah ‘dihalang’ untuk dipamerkan di Versailles Palace, Perancis kerana faktor popularitinya. Ia dihalang untuk dipamerkan kerana didakwa bakal mencuri perhatian orang ramai terhadap sebuah lagi jam tangan yang sedang dipamerkan di situ.

Jam tangan ini dihasilkan bukan sahaja untuk komuniti G-Shock, tetapi peminat karya seni Takashi Murakami. Dengan bilangannya yang terhad, ia dilihat sebagai satu pelaburan jangka panjang sama seperti lukisan atau arca yang dihasilkan oleh Takashi Murakami.

Hanya jauhari yang mengenal manikam. Jika anda ada RM95,000 untuk dilaburkan, boleh buat perbincangan dengan Azmawie Yasin. Vc

G-Shock x Takashi Murakami Dijual Pada Harga RM95,000




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle


Sebaran :

Leave a Reply